BMM3104
Ringkasan Modul
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BERTUTUR:
A)Kemahiran Bertutur: merupakan proses komunikasi yang kompleks yang mana penutur dapat menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna dengan menggunakan unsur-unsur prosodi dan para linguistik dengan sempurna. Ia juga melibatkan proses mental; memahami,menakul,memadan,menyesuai dan memberi gerakbalas tertentu.
B)Aspek Pertuturan: termasuklah:-
• Sebutan
• Tekanan
• Mora
• Jeda
• Intonasi
• Nada
• Tatabahasa
• Kelancaran kefasihan
• Laras bahasa
C)Objektif Kemahiran Bertutur:- murid-murid dapat;
o Menyebut dengan jelas
o Menyampaikan idea
o Melaporkan peristiwa
o Memberi penerangan dan alasan
o Bertemu ramah
o Bertutur secara bertatasusila
o Bertukar-tukar pendapat
D) Aktiviti Kemahiran Bertutur:-
Menjawab soalan
Membina soalan
Memberi arahan
Bercerita
Simulasi
Drama
Taklimat.
MENDENGAR
A) Kemahiran mendengar; merupakan satu proses minda dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.
B) Peringkat Proses Mendengar:-
Mendengar deretan bunyi bahasa
Memahami bunyi
Menilai bunyi
Bertindak balas
C) Objektif Kem. Mendengar-:
Memperoleh idea
Mencari isi
Melakukan arahan
Mengecam isi
Mentafsir makna
D) Bentuk Kemahiran Mendengar
• Secara pasif
• Secara aktif
• Secara bertelau-telau
• Secara menebuk-nebuk
• Secara beremosi
• Secara berhati-hati
E) Prinsip-prinsip Mendengar
Melalui latihan
Melalui pengalaman
Dapat menyatukan idea dengan cara berkesan
Dipengaruhi oleh aspek fizikal,neorologi dan psikologi
Mendengar untuk apresiasi
KEMAHIRAN LISAN-BAB 2
Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan
A) Peringkat Penerimaan-dengar, faham tanpa tindak balas
B) Peringkat Tindakbalas=dengar, faham
dan bertidakbalas
PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR
i) Peringkat Awal-pengucapan bertatasusila,mengajuk,menyoal,membuat teguran,memberi arahan
ii) Peringkat Pertengahan-membuat deskripsi,cerita,bersoaljawab,memembaca iklan,komen mudah.
iii) Peringkat Maju-bercerita,perbincangan,ceramah,mendeklamasi puisi, drama dan perbahasan
UNSUR2 DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN LISAN
1. Kecerdasan
2. Kesihatan
3. Fizikal
4. Persekitaran
5. Jantina –pertumbuhan berbeza
6. Dwi bahasa-kanak-kanak dwi bahasa sering terganggu
PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Perlu diajar bersama-sama dengan kemahiran bertutur,membaca dan menulis
2. Perlu dirancang menjurus kepada satu aktiviti
3. Disampaikan dalam pelbagai aktiviti
4. Diajar berperingkat-peringkat-mudah ke sukar, konkrit ke abstrak
5. Diajar secara tak langsung
6. Murid perlu diberi peluang
7. Motivasi
Soalan spot:
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.
BMM3104 –KEM. MENDENGAR DAN BERTUTUR (Bab 3
A) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
1. Pendekatan Situasi |-
Berlandaskan teori behaviouris dan struktural
Murid perlu menguasai kemahiran asas ; membuat tanggapan, membunyikan perkataan dan aspek struktur bahasa
1.1 Prinsip Pendekatan Situasi
• Guru perlu memberi peneguhan
• Perlu memandu menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul
• Dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat
• Kem. Bertutur mesti diajar di peringkat awal pengajaran
• Perlu ada latih tubi
2. Pendekatan Komunikatif
Murid boleh menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan komunikasi dalam sesuatu interaksi bahasa.
2.1 Prinsip Pendekatan Komunikatif
• Murid menguasai kecekapan berbahasa dan tahu menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa sebenar
• Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka
• Murid dan guru perlu ada hubungan positif
• Apa yang dibincangkan mesti di bawah pengetahuan dan pengalaman murid
• Perlu menggunakan situasi formal dan tidak formal
B) Kaedah Pengajaran Kem. Bertutur
1. Keedah Terus – murid belajar bertutur dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan yang dilihat dan didengarnya. Akhirnya mereka dapat membentuk kelaziman dalam berbahasa.
Ciri-ciri Kaedah Terus;
Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa
Jika murid tidak faham, guru perlu menggunakan ABM
Aspek tatabahasa- diajar melalui tunjuk cara
Murid perlu membuat kesimpulan
Langkah Pengajaran Mengguna Kaedah Terus
i) Memperdengarkan perbualan
ii) Murid dilatih berbual
iii) Diadakan latih tubi agar murid dapat menguasai sebutan dan intonasi
2. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya.
3. Kaedah Audio-Lingua :
Menggunakan pelbagai alat rakaman
Kanak-kanak perlu meniru dan menghafaz
4. Kaedah Komunikatif
Kanak-kanak menguasai bahasa melalui proses kognitif
Mementingkan penguasaan kecekapan bahasa
Teknik Pengajaran Kem. Bertutur:
> latih tubi
> soal jawab
> bercerita
> main peranan
> simulasi
BMM3104 – KEMAHIRAN MEMBACA (BAB 6)
A) JENIS BACAAN:
Bacaan Mekanis- mementingkan bunyi, intonasi, nada dan tekanan yang betul.
Bacaan Mentalis – untuk memahami apa yang dibaca.
Bacaan Intensif- lebih mendalam;mementingkan kefahaman bagi tujuan meneliti dan mentafsir
Bacaan Ekstensif – makin meluas;di laksanakan di luar bilik darjah
B) PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN
• Peringkat Kesediaan Membaca-bacaan awal dan asas kanak-kanak. Dipengaruhi oleh faktor fizikal, emosi, pengalaman, persekitaran, kecerdasan dan perkembangan kognitif.
• Prabacaan-kesediaan membaca;ketajaman pengamatan mata dan telinga, koordinasi psikomotor dan mental.
• Bacaan – kemahiran mengenal abjad hingga dapat membaca ayat.
• Bacaan Mekanis-dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
• Bacaan dan Kefahaman – membaca untuk memahami apa yang dibaca dan dapat membuat tafsiran yang betul dan tepat.
C) TEKNIK BACAAN
• Bacaan Intensif-bacaan mentelaah isi dan juga bahasa
Konsep Bacaan Intensif;
i) meluaskan lagi perkembangan murid
ii) menjelaskan lagi struktur yang sukar dan perkembangan perbendaharaan kata
iii) mengkaji ciri-ciri tatabahasa
iv) mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan
Tujuan Bacaan Intensif-Membolehkan kanak-kanak;
i) Membaca dengan baik
ii) Dapat mentafsir
iii) Kepantasan membaca
iv) Menilai dan mengulas isi
v) Mengesan, menilai, memahami dan menikmati unsur-unsur estetika
vi) Mengenal pasti laras bahasa
vii) Membuat rumusan
ยช Bacaan Ekstensif- bacaan yang lebih meluas. Tujuannya memahami lebih banyak isi. Cara bacaannya:
o Cara tinjauan-meninjau tentang bab, sinopsis, Isi kandungan dsb.
o Cara sekilas- utk mendapat maklumat secara umum/hal-hal tertentu sahaja/mdpt bahan perpustakaan
o Cara dangkal-utk mendapat kefahaman secara luaran.
Konsep Bacaan Ekstensif;
o Di luar kelas
o Pelajar seronok
o Tanpa bimbingan guru
o Bahan bacaan meluas
Tujuan;
o Melatih murid berdikari
o Dapat membaca dengan fasih
o Dapat pengetahuan meluas dan
o Berhibur
o Menambah minat
o Kaya perbendaharaan
Bacaan Skimming-membaca cepat bagi tujuan mengutip maklumat secara sepintas lalu.
Bacaan Scanning-bacaan secara cepat bagi tujuan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan. Pembaca tidak perlu menghabiskan apa yang dibaca. Cuma mencari maklumat yang dikehendaki sahaja
Thank you utk informasi ini.. Minta copy utk buat rujukan..
ReplyDelete