Friday, June 3, 2011

PENILAIAN PSK

1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
Dalam dunia pendidikan, pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh para pendidik dan juga para pelajar. Sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui proses pembelajaran yang boleh mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku di mana seseorang yang telah mengalami proses pembelajaran akan menunjukkan tingkah laku yang berlainan daripada sebelumnya, seperti daripada tidak boleh membaca kepada boleh membaca.
Oleh itu, masalah yang dihadapi oleh seseorang pada hari ini ialah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna untuk apabila dewasa kelak.(Salvin, 1997).
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan adalah fokus utama kajian ahli psikologi pendidikan. Mereka memerhati, mengkaji, dan membina teori tentang bagaimana menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.
Dengan yang demikian, ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Justeru, adalah diharapkan para guru dapat membuat refleksi tentang pendekatan pengajaran mereka dan mengaitkannya dengan teori-teori pembelajaran yang berkenaan. Dengan itu, kerjasama antara pelajar amat perlu bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.



2.0 Apakah itu pembelajaran?
2.1 Definisi pembelajaran
Pembelajaran itu dikatakan wujud apabila berlakunya perubahan tingkah laku di mana seseorang yang mengalami proses pembelajaran akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang berlainan dari sebelumnya.
Menurut Salvin, 1997 ; Mazur, 1990 ;Rocklin, 12987, pembelajaran boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku individu yang disebabkan oleh pengalaman. Stalling, (1973) pula berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria iaitu pembelajaran harus menampakkan perubahan tingkah laku, melibatkan pemikiran serta menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan.
Menurut Crow pula, pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap, Ia berlaku dalam perubahan individu untuk mengatasi masalah atau untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang baru. Manakala Rahil Mahyudin et.al. (2000) pula berpendapat bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan keterampilan kognitif, iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran intelek.
Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Oleh itu, ilmu harus dibina oleh pelajar itu sendiri semasa mencari pemahaman tentang maklumat yang diterima.

2.2 Ciri dan Proses Pembelajaran
Proses pembelajaran telah melalui proses di mana rangsangan dari persekitaran yang kemudiannya rangsangan yang sesuai dipilih oleh organ deria. Rangsangan itu pula kemudiannya dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima oleh pemikiran dan penerimaan. Pembentukan pengalaman dan pengetahuan berlaku dalam ingatan. Individu itu kemudiannya mengamalkan pengalaman dan pengetahuan dalam situasi yang sesuai dan sepadan dan berlakulah perubahan tingkah laku iaitu pembelajaran.

Rajah di bawah menunjukkan proses pembelajaran.

PERSEKITARAN

TINGKAH LAKU RANGSANGAN

INGATAN

Rajah 2.2 Proses pembelajaran

2.3 Jenis pembelajaran
Secara amnya, pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis :-
2.3.1 Pembelajaran Formal
Pembelajaran formal ialah pembelajaran yang diterima secara langsung daripada institusi-institusi seperti sekolah, maktab, dan universiti.
2.3.2 Pembelajaran Informal
Pembelajaran Informal merupakan perlakuan pelajar yang terlaksana secara tidak langsung dan tidak sedar. Kebiasaannya, ia hasil daripada didikan dan asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri seminar, menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya.
2.3.3 Pembelajaran Non formal
Pembelajaran Nonformal adalah bentuk pembelajaran yang berlaku secara sampingan dan bertujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal. Pembelajaran seperti ini memerlukan penerangan teliti serta pengendalian oleh pendidik atau pakar-pakar tertentu.

3.0. Teori Pembelajaran
Pendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran .
Justeru, adalah diharapkan agar para guru dapat membuat refleksi tentang pendekatan pengajaran mereka dan mengaitkan dengan teori-teori pembelajaran. Selain itu, teori pembelajaran ini bukan sahaja berguna kepada guru, tetapi juga untuk pelajar mengetahui cara pembelajaran sendiri yang efektif.
Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
3.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme
3.2 Teori Pembelajaran Sosial
3.3 Teori Pembelajaran Kognitif
3.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Seterusnya , diterangkan dengan satu persatu antara teori-teori pembelajaran yang dinyatakan di atas .

3.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme
Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membezakan dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.
Selain itu, ahli psikologi behavioris berpendapat sesuatu benda yang wujud adalah benda yang kita boleh perhatikan, di mana kita tidak dapat melihat pemikiran, tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Justeru, daripada tingkah laku ini, dapatlah kita membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.
Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Pavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.
Jika diperhatikan, Teori Pembelajaran Behaviorisme bertumpu kepada tingkah laku dan persekitaran .
Ianya juga adalah disebabkan oleh pengalaman salah seorang tokoh behaviorisme, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula bermaksud apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
Parlor telah berjaya mengajar seekor anjing membezakan bunyi. Mengikut Pavlov , tindak balas boleh dikawal, diubah dan diolah. Kemahiran ini penting dalam pembelajaran. Hasil dari kajian Pavlov mendapati tiga peringkat pelaziman yang menghasilkan tiga konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan juga penghapusan.
Rajah di bawah menunjukkan eksperimen / kajian yang dilakukan Pavlov .
Rajah 3.1 Eksperimen Pavlov

SEBELUM PELAZIMAN
Makanan Air liur
(Rangsangan tak terlazim) (Gerak balas tak terlazim)
Bunyi loceng Air liur
(Rangsangan terlazim) (Gerak balas takTerlazim)
SEMASA PELAZIMAN
Bunyi Loceng Air Liur
(Rangsangan terlazim) (Gerak balas tak terlazim)
Makanan
(rangsangan terlazim)

SELEPAS PELAZIMAN
Bunyi Loceng Air Liur (Rangsangan Terlazim ) (Gerak balas Terlazim)


Apa yang dimaksudkan dengan generalisasi ialah rangsangan yang sama menghasilkan tindak balas yang sama. Ia memberi panduan kepada guru bahawa pelajar yang berjaya perlu diberi ganjaran untuk mengukuhkan pembelajaran seterusnya. Tetapi perlu diingatkan bahawa rangsangan ada had.
Teori ini juga menjelaskan betapa pentingnya ulangan, pengukuhan, ganjaran, deraan dan kaitan dalam pembelajaran. Sebagai contoh, seseorang murid yang memberikan jawapan yang betul akan mendapat ganjaran dari gurunya menyebabkan murid itu sentiasa berusaha untuk memberi jawapan yang terbaik untuk mendapatkan jawapan yang seterusnya. Ganjaran yang diberikan oleh guru tadi mungkin berbentuk pujian atau penghargaan.
Seseorang murid juga akan sedar bahawa dia mungkin akan didenda oleh gurunya sekiranya dia tidak menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Diskriminasi pula berlaku apabila individu bertindak balas terhadap rangsangan tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain, di mana dalam proses pembelajaran seseorang murid mungkin tidak akan bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Ini mungkin bergantung pada penanggapan dan persepsi seseorang murid.
Kaedah pembentukan tingkah laku ini telah digunakan sebagai alat penyampaian pelajaran. Dalam kaedah pembelajaran terancang, matlamat pembelajaran ditentukan secara objektif manakala langkah-langkah kecil yang merupakan satu unit kecil disediakan secara berperingkat-peringkat dari yang paling rendah dan beransur-ansur kepada matlamat terakhir.
Walau bagaimanapun, rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan pengukuhan menyebabkan berlakunya penghapusan. Ia akan dapat dihasilkan semua melalui pembelajaran semua setelah melalui pemulihan serta-merta.

Proses penghapusan



Pembelajaran semula




Pemulihan semerta



Generalisasi







3.2 Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura,(1986, 1977, 1998, 2000). Teori ini menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif, dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock,2000).
Gabungan antara teori peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik, di mana pelajar rnenggunakan pemikiran dalaman. Teori pembelajaran sosial mempunyai persamaan dengan teori pelaziman, operan yang mengambil kira kesan peneguhan ke atas tingkah laku.
Dalam teori ini, seseorang individu meniru tingkah laku yang baik dan tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh, seorang remaja yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian dan gaya potongan rambut penyanyi dan pelakon kegemaran.
Menurut Albert Bandura, tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan, di mana orang yang diperhatikan sebagai model. Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodalan (modelling).
Justeru, manusia secara semula jadi belajar melalui proses pemerhatian iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapatkan ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang yang menerima hukuman daripada perlakuan.




3.2.1 Jenis-jenis Peniruan.
3.2.1.1 Peniruan secara langsung.
Seseorang individu yang meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses pemerhatian. Sebagai contoh, meniru gaya penyanyi yang disanjungi.

3.2.1.2 Peniruan secara tidak langsung
Berlaku melalui imaginasi atau pemerhatian secara tidak langsung. Sebagai contoh, meniru watak yang di baca di dalam buku, memerhatikan seorang guru mengajar rakannya

3.2.1.3 Peniruan gabungan
Menggabungkan tingkah laku yang berlainan dalam peniruan langsung dan tidak langsung. Contohnya, pelajar meniru gaya gurunya melukis dan gaya mewarnai daripada buku yang dibacanya.

3.2.1.4 Peniruan sekat lakuan.
Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi tertentu sahaja. Contohnya, meniru fesyen pakaian di televisyen, tapi tak boleh pakai di sekolah.

3.2.1.5 Peniruan tak sekat lakuan.
Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam apa-apa situasi. Sebagai contoh, pelajar meniru gaya berbudi bahasa gurunya.




3.2.1.6 Peniruan elisitari.
Tingkah laku yang melibatkan emosi dan keinginan. Contohnya, seseorang melihat orang membuka gerai pisang goreng dan jualannya laris atau laku.

Terdapat tiga unsur asas yang utama dalam teori pembelajaran sosial iaitu individu (process), persekitaran (environment), dan tingkah laku.


I




P T
Rajah Model Bandura

Pembelajaran = I x P x T















Dalam langkah ini, individu memerhatikan perlakuan model, di mana proses pemerhatian boleh berlaku secara berulang kali. Contohnya, seseorang pelajar memerhatikan cara guru menghantar dan menyambut bola bagi permainan bola jaring, langkah demi langkah sambil membuat tunjuk ajar dan guru memberi penerangan.
3.2.3 Penyimpanan dalam ingatan
Apa yang diperhatikan dalam langkah ini disimpan dalam ingatan. Berlaku proses mental yang melibatkan proses mengenkod, menyimpan, dan mendekod.


3.2.4 Pengeluaran
Maklumat, tingkah laku atau kemahiran yang disimpankan, dikeluarkan dalam bentuk perlakuan. Contohnya, pelajar melakukan aktiviti menghantar dan menyambut bola secara berpasangan. Pada awalnya, kemahiran menghantar dan menyambut bola tidaklah sebagaimana tingkah laku model.
3.2.5 Motivasi dan peneguhan.
Menerima peneguhan daripada orang lain, peniruan dan diulangi.





































3.3 Teori Pembelajaran Kognitif
Teori pembelajaran kognitif merupakan proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat, dan menggunakan ilmu. Ahli psikologi kognitif memfokuskan kajian mereka terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya. Pakar pembelajaran kognitif juga berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa yang mendorong seseorang itu belajar (Woolfolk, 1998).
Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran persepsi dan bermakna, seterusnya Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

Terdapat lima model pembelajaran Kognitif iaitu ;-
3.3.1 Model Geltalt
3.3.2 Model pemproses Maklumat
3.3.3 Model Gagne
3.3.4 Model Ausubel
3.3.5 Model Brunner



3.3.1 Model pembelajaran Gestalt
Pembelajaran mengutamakan pola atau corak . Oleh itu , Teori gestalt ini dirumuskan sebagai, “The whole is greater than the sum of its part”. Juga mengamalkan @ menggemukkan konsep celik akal.
3.3.2 Model Pemprosesan Maklumat.
Model ini melibatkan aktiviti mental yang berkait dengan menerima maklumat dan mengeluarkannya semula. Antara proses maklumat adalah seperti berikut ;
3.3.2.1 Ingatan Deria
3.3.2.2 Ingatan jangka pendek
3.3.2.3 Ingatan jangka panjang, jenis dan perbezaannya, terbahagi kepada;
 ingatan episodic
 ingatan semantik
 ingatan procedural







PROSES KAWALAN EKSEKUTIF



Rangsangan












Rajah 3.3.1 : Model Memproses Maklumat
Sumber: Atkinson & Shiffrin, 1968; Gagner; 1985




Jadual perbezaan antara Tiga Tahap Ingatan
Ciri Ingatan deria Ingatan jangkaan perhatian
Ingatan jangka panjang

Kemasukan maklumat Pra-perhatian Pendek perlukan
Perlukan pengulangan

Pengekalan maklumat Tidak boleh Perhatian berterusan/ulangan Ulangan/latih tubi/penyusunan

kapasiti besar kecil
Tiada had

Kehilangan maklumat Tidak digunakan > Gangguan
>Terlalu banyak
> Usang > mungkin tiada
> Gangguan
> usang
Lama ingatan 1 hingga 3 saat 5 hingga 20 saat Beberapa minit hingga beberapa tahun

Memula ingat semula Automatik Perlu proses mencari







3.3.3 Model Gagne

Robert M. Gagne dilahirkan pada 1916.Dalam model ini, Gagne telah mengenal pasti 8(lapan) tahap pembelajaran secara hierarki iaitu dari peringkat rendah sehingga tertinggi adalah seperti berikut;
3.3.3.1 Pembelajaran Isyarat
3.3.3.2 Pembelajaran Gerak Balas
3.3.3.3 Pembelajaran Rangkaian Motor
3.3.3.4 Pembelajaran Pertalian Bahasa
3.3.3.5 Pembelajaran Diskriminasi
3.3.3.6 Pembelajaran Konsep
3.3.3.7 Pembelajaran Hukum
3.3.3.8 Pembelajaran Penyelesaian Masalah

Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menekan dua perkara iaitu :

Sistem pembelajaran bermula daripada yang mudah (asal) kepada yang rumit
Pembelajaran menjadi berkesan meliputi 8 langkah yang dicadangkan.





3.3.4 Model Ausubel
David Ausubel (1963 , 19177) menyatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukannya pembelajaran penemuan .

Ausubel telah memperkenalkan pembelajaran ekspositori, di mana ia menekankan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijalankan mengikut urutan .

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel adalah :

Menggunakan prinsip pembelajaran resepsi iaitu model pengajaran ekspositori.

Menggunakan penyusunan awal untuk mengingati konsep yang tebal dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari.

3.3.5 Model Bruner
Jerome S. Bruner dilahirkan pada tahun 1915. Bagi beliau, pembelajaran dikaitkan dengan tahap-tahap perkembangan mental seperti berikut:
3.3.5.1 Peringkat enaktif (0-2 tahun )
3.3.5.2 Peringkat ikonik (2-4 tahun)
3.3.5.3 Peringkat simbolik (5-7 tahun)




Pembelajaran penemuan Bruner :
Guru memperkenalkan satu fenomena
Guru mengkehendaki pelajar menyiasat bagaimana fenomena itu berlaku
Siasatan atau kajian dibuat dari beberapa sumber seperti
 buku di perpustakaan
 perbincangan dengan kawan
 perbincangan dengan guru
 pemerhatian
 membuat uji kaji

3.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia beramal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan . Pada tahun 1710 , ahli falsafah konstruktivisme yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan, “one only knows something if one can explain if” (Yager , 1999)
Immanuet Kaut menyokong pendapat ini dan menyatakan bahawa manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Misalnya, pelajar menerima maklumat yang aktif, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang telah diasimilasinya dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut (Cheek , 1992).
Oleh itu, pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Brooks, (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahaman berdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini.
Teori ini menekankan bahawa pembinaan konsep adalah berdasarkan peristiwa yang dialami sebelum ini untuk membentuk pemahaman yang baru. Jones pula berpendapat, konskruktivisme proses menambah dan mensintesis maklumat baru berdasarkan pengetahuan sedia ada untuk mendapatkan baru. Mereka tidak menerima pengetahuan secara pasif.
Golongan konstruktivisme berpendapat bahawa ilmu tidak dapat dipindahkan tetapi boleh dibina melalui proses pembelajaran. Ia sesuatu yang relatif dan berubah mengikut perubahan masa dan kerana itulah setiap guru perlu peka kepada perubahan semasa. Kaedah pembelajaran konstruktivisme menekan kepada cara bagaimana untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia pelajar supaya pelajar dapat menggambarkan perkara yang diajar dengan mudah dan menyenangkan pemahaman dan proses pembelajaran cepat berlaku.
Dalam hal ini, guru perlu mengambil kira beberapa perkara, beberapa unsur. Antaranya, guru perlu tahu pengetahuan sedia ada murid mereka. Guru juga harus sedar bahawa pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri di mana pembelajaran yang berlaku adalah apabila seseorang murid itu menghubungkaitkan idea baru bagi menstrukturkan semula idea sedia ada mereka.
Manakala pelajar juga berpeluang bekerjasama, berkongsi idea, dan pengalaman serta membuat refleksi. Guru juga perlu mengaplikasikan pengalaman atau pengetahuan lepas untuk diaplikasikan dengan ketiga-tiga domain iaitu kognitif, psikomotor, dan efektif. Pembelajaran ini perlu menekankan kepada penerokaan dan penemuan kendiri melalui penyelesaian masalah.
Guru pula perlu bijak mengemukakan soalan yang boleh merangsang murid berfikir. Antara aktiviti-aktiviti lain yang boleh dijalankan adalah seperti perbincangan, perdebatan, eksplorasi, pembinaan dan kolaboratif. Pelajar berpeluang menentukan pembelajaran kendiri di mana mereka akan membuat analisis, menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada dan menggunakan pengalaman individu untuk membentuk konsep tentang sesuatu berhubung dengan pengetahuan dan maklumat.

4.0 Kesesuaian satu daripada teori tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan satu pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.
Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together ) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik.
Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.
Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
Oleh yang demikian, pada pendapat atau pandangan saya, teori pembelajaran konstruktivisme merupakan salah satu daripada teori yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan sivik dan kewarganegaraan (PSK).
Ini kerana matlamat PSK bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
Jika dilihat, teori pembelajaran konstruktivisme ini memberi pelajar menghubungkait idea baru lagi menstrukturkan semula idea sedia ada mereka . Untuk itu, PSK merupakan satu mata pelajaran yang menekankan agar seseorang pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menghadapi cabaran masa depan. Di samping itu, dalam p&p yang menggunakan teori ini juga memerlukan seseorang guru menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka.
Objektif PSK turut merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Untuk itu, dapat menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk, “hands on” dan “minds on”, di mana pelajar berpeluang menentukan pembelajaran kendiri dengan membuat analisis, menilai maklumat baru diterima berdasarkan pengetahuan sedia ada murid.
Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa melalui teori ini memberi peluang kepada pelajar berinteriaksi dengan guru dan pelajar-pelajar lain, di samping memberi perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar. Juga menggalakkan pelajar bekerja dalam kumpulan (Ramlah&Mahani, 2002).
Dengan itu, matlamat, objektif dan juga kandungan mata pelajaran PSK ini akan tercapai dalam melahirkan insan yang berkembang dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Dengan itu juga semangat 1 Malaysia yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri akan dapat disemai dengan jayanya melalui mata pelajaran PSK ini.


Di bawah ialah matlamat mata pelajaran PSK di sekolah rendah untuk murid Tahap II iaitu yang diajar pada tahun 4,5 & 6:
Pendidikan sivik dan kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan , hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu , patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

5.0 Penutup
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah sedar bahawa murid-murid secara aktif memilih, mengawal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali, dan membuat keputusan tentang persekitaran-persekitaran yang berlaku dalam persekitaran untuk menyelesaikan matlamat pembelajaran.
Selain itu, pembelajaran akan membawa kepada seseorang. Walau bagaimana perubahan yang disebabkan oleh kemalangan seperti berjalan dan makan, ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah sebagai pembelajaran. Oleh itu, menurut Arif Surkardi (1987), terdapat beberapa sebab mengapa seseorang guru perlu menguasai teori-teori pembelajaran seperti yang telah diterangkan dalam kertas kerja ini. Ini adalah kerana:-
5.1 Teori pembelajaran ini membantu guru memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam diri pelajar itu sendiri.
5.2 Guru dapat memahami keadaan dan faktor yang mempengaruhi, mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran seseorang .
5.3 Guru dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran .
Sebagai kesimpulannya, keempat-empat teori yang dinyatakan di atas, banyak membantu para guru pada hari ini dalam menyampaikan pengajaran mereka dengan sempurna dan berjaya dalam memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan jasmani, rohani dan emosi bagi membentuk insan yang kamil di mana akan datang .
















RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN ENAM
Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 6 Ibnu Sina
Bilangan Murid : 32 Orang
Hari/ Tarikh : Selasa/ 12 Oktober 2011
Masa : 10.00- 10.30 Pagi
Tema : Malaysia Negaraku
Tajuk : Kemerdekaan
Sub Tajuk : Tanggungjawab Mengekal Kemerdekaan
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
i. Mengamalkan tingkah laku patriotik
ii. Menjelaskan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengekalkan kemerdekaan.
iii. Berbangga terhadap kemerdekaan negara.
Pengetahuan Sedia Ada Murid :
 Murid pernah melafaz ikrar Rukun Negara
 Pernah melihat sambutan hari kemerdekaan
NILAI : Hormat- menghormati, bekerjasama, yakin, berdisiplin, berani, bersemangat patrioti.
KBKK : Mencirikan, membuat gambaran mental, menjana idea.
BBM : Klip vedio, kad gambar

Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)  Gambar Sambutan Hari Kemerdekaan
 Soalan guru;
i. Apakah yang kamu lihat dalam gambar tersebut?
ii. Apakah perasaan kamu apabila melihat gambar dan itu? 1. Guru menunjukkan gambar-gambar tentang kemerdekaan dan keharmonian rakyat dan kemajuan negara melalui slaid.
2. Guru bersoaljawab tentang gambar-gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan apa yang hendak diajarkan pada hari itu. BBB:
-power point

BCB:
-menonton secara aktif

KBT:
-menghubung
kait, inferens
Langkah 1
(8 minit)  Klip video penyajak mendeklamasi saja kemerdekaan.
 Mencipta sajak bertemakan kemerdekaan. 1. Guru menayangkan klip video deklamasi sajak sambutan hari kemerdekaan dan meminta murid-murid mendengar dengan teliti.
2. Guru membentuk 4 kumpulan kumpulan murid.
3. Guru menyuruh murid-murid mencipta sajak bertemakan kemerdekaan. BBB:
-klip video

BCB:
-mendengar secara aktif

KBT:
-menghubung
kait, inferens, kreatif, kerjasama

Langkah 2
(7 minit)
 Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. 1. Guru meminta setiap ketua kumpulan mendeklamasi sajak ciptaan mereka.
2. Guru mempertulkan akan kesilapan ketika murid-murid mendeklamasikan sajak mereka.

KBT:
-yakin diri, kerjasama
BCB:
-membaca secara aktif


Langkah 3
(6 minit)  Melengkapkan peta minda yang disediakan oleh guru. 1. Guru memberi penerangan mengenai cara-cara menjaga kedaulatan negara.
2. Guru menyuruh murid-murid melengkapkan peta minda yang disediakan olehnya.
BBB:
-peta minda

BCB:
-mendengar secara aktif

KBT:
-menghubung
kait, inferens, kreatif, kerjasama

Penutup
(4 minit)  Guru membuat rumusan dan bertanyakan kepada murid-murid akan apa yang mereka pelajari.

 Guru juga menayakan nilai-nilai murni yang
terdapat semasa
P&P
 Guru menegaskan tentang tanggung jawab untuk mengekalkan kemerdekaan dan keamanan negara kepada murid-murid.







CARA MENYEDIA DAN MENGGUNA BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Menghasil Gambar
Gambar-gambar itu boleh diambil melalui internet. Sebelum itu guru-guru perlu memilih gambar yang sesuai dengan tajuk yang hendak diajar. Contohnya dengan melayari laman web di bawah ini.

a) http://images.google.com/imgres?imgurl=http://farm4.static.flickr.com/3088/2813793267_001dab4983.jpg&imgrhttp://farm4.static.flickr.com/3088/2813793267_001dab4983.jpg



b) http://3.bp.blogspot.com/_f-QU8VWxuLo/TFpIYrGmf1I/AAAAAAAAAPE/mJcNKF-pvH8/s1600/merdeka.gif





c) http://4.bp.blogspot.com/_5z3eCqFkeVA/THy7mjNH_vI/AAAAAAAAAR8/hPLPKdlMyhc/s1600/merdeka.jpg


d) http://1.bp.blogspot.com/_O5rHoAhkvkw/Ss9G-KU3PJI/AAAAAAAAAyI/pxC0yzFTtfs/s320/sun-photo.jpg









e) http://i.ytimg.com/vi/LeDukkGtjUs/0.jpg


Untuk menjadikan bahan bantu ini lebih menarik, guru perlu memindahkan gambar-gambar itu ke program Power Point kemudian barulah ditayangkan (slaid show) gambar ini kepada murid-murid. Guru juga boleh memasukkan unsur-unsur muzik dalam program ini agar bahan bantu ini boleh menarik minat murid-murid untuk belajar.


2. Penyediaan Video Klip
Video Klip ini juga diambil melalui internet. Laman webnya adalah seperti berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=_6fE7StVMLQ&feature=related
Video klip ini kemudian dimuat turunkan dengan menggunakan program Zilla Downloader untuk mendapat gambar yang elok dan tidak tersekat-sekat semasa ditayangkan. Setelah dimuat turunkan, guru boleh menayangkan klip vedio ini samada dengan menggunakan program VLC Media Player, Quick Times, Windows Media Player, Nero Show Times atau mana- mana program yang sesuai.
Tujuan alat bantu ini dihasilkan adalah untuk menunjukkan kepada murid-murid cara mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Penyediaan Peta Minda.
Peta minda ini dihasilkan dengan menggunakan program microsoft word. Imejnya diambil melalui internet supaya alat bahan bantu ini menjadi lebih menarik. Contohnya seperti gambar pokok, ikan, awan dan sebagainya. Setelah bahan ini siap dibuat, guru perlu mencetakkannya mengikut bilangan pelajar. Pelajar hanya perlu melengkapkan peta minda tersebut. Contoh peta minda;

http://www.google.com.my/images?q=OBJEKTIF+PENILAIAN+FORMATIF&hl=en&client=firefoxa&rls=org.mozilla:enUS:official&channel=s&biw=1024&bih=546&prmd=ivns&source=lnms&tbs=isch:1&ei=VotTcaBKI7JrAfxpNmsBw&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&ved=0CAoQ_AUoAQ




KERTAS CADANGAN KAEDAH PENILAIAN PSK
Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan pada tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Matlamat pelajaran ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatupadu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
Demi untuk mencapai hasrat itu, menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk mejadikan pelajaran ini menarik dan berkesan. Guru juga perlu mengguna pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Selepas proses pengajaran berlaku, guru perlu membuat penilaian bagi menentukan objektif pengajaran tercapai ataupun tidak.
OBJEKTIF PENILAIAN
Dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendididikan Sivik dan Kewarganegaraan perlu dibuat penilaian. Objektifnya adalah untuk;
i. Mengesan kekuatan dan kelemahan kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru semasa mengajar mata pelajaran tersebut.
ii. Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian murid-murid.
iii. Memberi bimbingan kepada murid-murid bagi mengatasi kelemahan mereka untuk memahami topik-topik yang diajar.

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan murid-murid ‘belajar’.
Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya dapat disimpulkan bahawa penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dicapai.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Oleh itu, para pendidik boleh membuat penilaian ini dengan dua kaedah iaitu samada dengan cara mengadakan ujian Formatif ataupun Ujian Sumatif.
Ujian Formatif
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif;
1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan.
Ujian Sumatif
Ujian Sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
KAEDAH YANG SESUAI UNTUK PENILAIAN PSK
Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang perlu dinilai, maka wajar kiranya penilaian jenis formatif digunakan. Hal ini kerana, penilaian formatif merupakan satu-satunya cara guru menilai penguasaan dan kemajuan murid dalam satu topik tertentu. Penilaian formatif merupakan cara terbaik untuk guru menilai murid berdasarkan unit-unit (tema) tertentu, lebih-lebih lagi bagi matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Penilaian formatif memecahkan satu kursus atau subjek kepada unit-unit pembelajaran yang kecil. Hal ini memudahkan guru untuk menilai sama ada seseorang murid itu sudah menguasai atau belum menguasai topik yang telah diajar sebelum melangkah ke unit/tema baharu. Contohnya, menerusi tema 5; Malaysia Negaraku, Tahun 6, guru menilai muridnya berdasarkan unit-unitnya. Tema 5, Malaysia Negaraku, Tahun 6, terdiri dari dua unit, iaitu Perjuangan Tokoh-tokoh Kebanggaan Negara dan Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan. Maka, setelah guru menghabiskan satu unit dalam tema ini, guru boleh menilai murid secara formatif sebelum melangkah ke unit baharu.

Penilaian bentuk formatif membolehkan guru menilai perubahan tingkah laku murid-murid secara eksplisit dan implisit serta dapat menentukan penguasaan murid-murid sebelum melangkah ke unit-unit baharu. Berbeza dengan jenis penilaian sumatif, ia menilai dan mengambil kira keseluruhan topik/tema yang telah diajar dan tema-tema tersebut dikumpulkan dalam satu ujian pada pertengahan semester atau akhir semester. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa penilaian formatif sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Hal ini kerana, corak penilaian formatif ini boleh dilaksanakan secara berterusan seiring dengan perkembangan sesuatu tema yang telah diajar.

Cara Penilaian

Berdasarkan tema 5 (Malaysia Negaraku), Tahun 6, dibawah tajuk “Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan”, guru boleh membuat penilaian dengan pelbagai cara. Namun begitu, penilaian secara formatif dilihat amat sesuai menilai penguasaan murid dalam pembelajarannya dan juga menilai keberkesanan pengajaran guru itu sendiri. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis penilaian formatif boleh digunakan bagi mengukur kesemua topik atau tema dalam mata pelajaran PSK. Seseorang guru itu harus bijak memilih jenis penilaian yang sesuai dengan apa yang ingin diukur oleh mereka.

Antara jenis penilaian yang boleh digunakan oleh guru-guru ialah melalui kaedah pemerhatian, ujian kertas dan pensel (soalan objektif/subjektif), latihan harian, penilaian berasaskan projek, bersoaljawab secara lisan, dan juga penilaian melalui portfolio.


1. Kaedah Pemerhatian

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pe¬merhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Oleh itu, dalam pendidikan kaedah pemerhatian merupakan salah satu cara untuk menilai murid-murid. Pada kebiasaannya ia dilakukan dalam bilik darjah ketika murid sedang menjalani aktiviti pembelajaran.

Semasa membuat pemerhatian, para guru harus fokus kepada perubahan tingkah laku yang selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu. Pemerhatian guru harus meluas tanpa dibatasi oleh sosiobudaya, ruang, masa, agama ataupun tempat. Guru juga perlu mengumpul segala maklumat dan data-data ketika menilai murid-murid. Guru boleh menggunakan senarai semak atau borang penilaian yang mengandungi ciri-ciri perubahan tingkah laku ingin dinilai.
Pemerhatian boleh dilakukan melalui cara bersoal jawab secara lisan, penglibatan murid, menunjuk cara, memerhati perlakuan dan tindakan murid. Contohnya, menerusiTema 5 Malaysia Negaraku dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Tahun 6; “Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan”, guru boleh melakukan pemerhatian ketika murid-murid sedang menjalankan aktiviti seperti ketika mendeklamasi sajak, guru dapat melihat sama ada murid menghayati ataupun tidak semasa mereka mendeklamasikan sajak mereka. Selain itu, guru boleh bersoaljawab secara lisan untuk menilai kefahaman mereka terhadap isi-isi penting yang terdapat dalam sajak itu.


2. Ujian Kertas dan Pensel

Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ujian objektif mempunyai beberapa pilihan jawapan yang pendek, antaranya ujian aneka pilihan, ujian salah/betul, ujian padanan dan ujian melengkapkan. Ujian ini dapat mengumpul maklumat tentang penguasaan murid secara menyeluruh. Hal ini bermakna, murid perlu membaca, meneliti, mengkaji dan kemudian menuliskan jawapan yang diperlukan

Menerusi tema 5 dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6, Malaysia Negaraku; di bawah tajuk “Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan”, ujian objektif sesuai digunakan. Terdapat beberapa jenis item dalam ujian objektif antaranya item jenis padanan, item jenis klasifikasi, item jenis cantuman, item cantuman urutan dan item jenis aneka pilihan. Manakala ujian subjektif pula boleh dijadikan asas penilaian guru terhadap penguasaan murid-muridnya. Oleh itu, guru boleh melaksanakan ujian ini seperti dengan cara ujian esei, melengkapkan ayat, menjawab soalan kefahaman, jenis memberi respon lanjutan dan sebagainya.
3. Penilaian Berasaskan Projek
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSK. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai.
Sehubungan itu, untuk membuat penilaian berasaskan projek ini guru harus membuat perancangan yang teliti. Misalnya, menerusi tema 5, Malaysia Negaraku, Tahun 6; “Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan”, penilaian berasaskan projek boleh dilaksanakan dengan cara, guru mengarahkan sekumpulan murid (kumpulan koperatif) untuk mencari pelbagai maklumat berkaitan Tokoh-tokoh Kemerdekaan. Hasil dapatan dan maklumat tersebut didokumentasikan dengan cara yang paling kreatif, seterusnya dipersembahkan kepada seluruh ahli bilik darjah. Walau bagaimanapun, penilaian berasaskan projek memerlukan masa yang mencukupi untuk murid merancang, meneroka dan melaksanakannya. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Semasa membuat penilaian, guru boleh menilai daripada aspek-aspek;
i) Kerjasama yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam kumpulan masing-masing.
ii) Kekemasan projek yang dihasilkan oleh murid-murid.
iii) Ketepatan isi kandungan projek dengan soalan yang disediakan.
iv) Ketepatan masa bagi menyiapkan projek tersebut.
v) Keupayaan murid-murid untuk membentangkan hasil kerja mereka.

4. Latihan Harian

Latihan harian juga merupakan satu cara penilaian yang masih lagi diguna pakai oleh hampir semua sekolah yang terdapat di Malaysia. Latihan harian ini bukan saja boleh dibuat di sekolah, malah ia juga boleh berlaku di luar bilik darjah. Pelbagai corak latihan boleh digunakan untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya menerusi tema 5, ‘Malaysia Negaraku’ di bawah tajuk “Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan” guru boleh mengunakan latihan bercorak peta minda yakni sama ada melengkapkan peta minda ataupun menyediakan peta minda bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kemerdekaan Negara kita.

Banyak kebaikan mengguna peta minda dalam pendidikan PSK ini yakni dapat;

 Tingkatkan daya ingatan khasnya tentang kemerdekaan negara.
 Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik dan idea mudah dikembangkan.
 Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna menarik
 Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran-semua anggota bersedia dan terlibat
Lain-lain latihan harian yang boleh dibuat ialah membina puisi, melengkapkan pernyataan, kuiz dan sebagainya. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan senarai semak di mana ia bertujuan untuk menilai prestasi dan penguasaan murid terhadap sesuatu topik.
.
5. Penilaian Melalui Portfolio

Portfolio ialah satu cara mengumpul koleksi pelajar yang menunjukkan usaha pelajar, kemajuan dan prestasi dalam satu atau beberapa bidang. Portfolio ini terdiri dari bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap, pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar (Harlin, 1992).

Oleh yang demikian, menerusi tema 5 ’Malaysia Negaraku’, Tahun 6; “Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan” guru boleh meminta murid-murid mendokumentasikan hasil kerja mereka dalam bentuk portfolio sepanjang mempelajari tajuk tersebut. Menerusi portfolio yang dihasilkan inilah guru dapat menilai dan menyemak sejauh mana pemahaman, penguasaan dan penglibatan mereka dalam melaksanakan aktiviti dan tugasan yang diberikan.


KESIMPULAN

Pada hakikat sebenarnya, tidak ada penilaian yang spesifik untuk dijadikan tali pengukur bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam mata Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini. Oleh itu, guru-guru boleh membuat penilaian dengan cara berasaskan kepada objektif pengajaran yang hendak dicapai dan bersesuaian dengan tema dan topik yang diajar. Walau bagaimanapun, penilaian jenis formatif dilihat amat sesuai untuk dijadikan tali pengukur untuk menilai mata pelajaran PSK.



Monday, May 2, 2011

Hubungan Etnik

PENDAHULUAN

Negara kita adalah sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum yakni kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum minoriti yang lain. Walaupun berbilang kaum, namun kita boleh hidup aman damai sehingga ke hari ini. Hal ini berlaku kerana kita masih lagi sama- sama menjaga keutuhan perlembagaan negara kita.
Kita tahu, perlembagaan merupakan undang-undang tubuh sesebuah negara yang mempunyai peranan yang amat besar dalam menjaga tindak-tanduk rakyatnya dan juga menjaga keamanan negara khasnya. Oleh itu, kita sepatutnya sama-sama menjunjung dan mentaati perlembagaan ini sepanjang masa.
Namun begitu, sejak akhir-akhir ini ada sesetengah pihak cuba mempertikaikan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara kita, khasnya mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu. Mereka ini kebanyakkanya terdiri daripada orang-orang yang gila kuasa. Saban hari mereka cuba bangkitkan isu-isu panas umpamanya tentang kedudukan raja, isu agama, isu bahasa dan juga isu-isu lain. Bagi mereka kuasa adalah segala-galanya.
Isu-isu ini ditimbulkan secara terbuka dan medapat liputan meluas media massa. Hari demi hari isu ini berkemungkinan besar menjadi duri dalam daging di-kalangan kita. Maklumlah, mereka akan mengulas isu-isu yang ditimbulkan mengikut pandangan mereka masing-masing. Apabila hal ini berlaku, maka perpaduan di kalangan rakyat mula retak dan tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang lagi.



DEFINISI PERLEMBAGAAN




.















KONSEP KETERTINGGIAN DAN KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN



Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat. Ia mempunyai perlembagaan tersendiri yang dianggap undang-undang tertinggi . Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan Agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Keistimewaan orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Serawak dan lain-lain lagi. Maka perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti lain serta autori dengan rakyat awam (Nizarudin Mohd. Jali et al. 2001).
Di Malaysia tiada satu pun institusi yang boleh mengatasi Keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan ini terbatal (Perkara 4(1). Malahan badan kehakiman, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif maupun Yang Di-pertuan Agong sekali pun tertakluk di bawah Ketertinggian Perlembagaan Malaysia (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Justeru itu , setiap individu rakyat Malaysia wajib mematuhi perlembagaan tanpa mengira kaum dan agama.




Peta Minda
Konsep Ketertinggian dan Kepentingan Perlembagaan

























Baginda adalah Raja Berperlembagaan dan juga sebagai Ketua Negara, Lambang Taat Setia Rakyat, Lambang Negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya. Namun begitu, baginda tertakluk kepada Keluhuran Perlembagaan. Baginda boleh bertindak dengan mengikut nasihat jemaah menteri.

















Kewujudan Perlembagaan amat penting dan menjadi tulang belakang sesebuah negara kerana ia muncul serentak dengan pembentukan sesebuah negara. Ia boleh ditakrifkan sebagai prinsip dasar dalam mengasaskan sesebuah negara dan boleh dianggap sebagai medium untuk mencorakkan bentuk pemerintah yang diperkenalkan serta menyatakan adat proses perundangan di negara berkenaan.

Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia juga dapat menentukan rangka, bentuk pemerintah dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Oleh itu, Perlembagaan amat diperlukan untuk memajukan institusi negara dan untuk mencorakkan tingkah laku pemerintahan dan rakyat negara kita Malaysia. Setiapkali apabila berlakunya sesuatu konflik, perlembagaan akan dirujuk bagi mencari penyelesaiannya. Ini adalah kerana, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

Perlembagaan juga menggariskan kebebasan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama. Walau bagaimanapun kebebasan ini dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleh Bab 1 Perkara 10(2)(a) kerana seseorang itu tidak dibenarkan bercakap mengenai isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengacam keselamatan negara. Maka dengan peruntukan itu, ia dapat menjamin hak-hak kebebasan rakyat disalur dengan betul dan adil.


Kepentingan perlembagaan seterusnya ia dapat memupuk unsur-unsur taat setia kepada negara.Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia kepada negara atau telah memperolehi kerakyatan negara lain. Hal ini telah termaktub dalam perlembagaan yakni dalam Perkara 24 dan Perkara 25.

Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Serawak tidak boleh dipersoalkan kerana iniadalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu Merdeka dan sebelum Sabah dan Serawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimana pun semua warga Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang (Perkara 8 (1)), bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13).

Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran(Perkara12 (1)), yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab agama , kaum keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselanggarakan oleh pihak kerajaan.

Lain –lain kepentingan ialah Perlembagaan menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat.
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Unsur-unsur tradisi merupakan satu faktor utama dalam pembentukan identiti Malaysia. Tujuan utamanya adalah untuk menstabilkan sistem politik negara khasnya dalam memupuk persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum. Unsur-unsur tradisi ini juga dikenali sebagai Kontrak Sosial yang telah dipersetujui semasa penggubalan perlembagaan.
Unsur-unsur tradisi ini amat perlu kerana ia telah wujud ratusan tahun sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia juga dilindungi di bawah Akta Hasutan. Rakyat tanpa mengira kaum dilarang sama sekali menyentuh isu-isu sensitif dalam perbincangan awam.
Dengan kata lain, unsur- unsur tradisi ini merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang di persetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.
Menurut Mohamad Salleh Abas (1985 ), unsur-unsur tradisi meliputi:-
i) Bahasa Kebangsaan
ii) Agama Persekutuan
iii) Kedudukan Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan
iv) Pemerintahan beraja.



Dalam Perlembagaan Malaysia, semua itu telah termaktub dalam Perkara 152, Perkara 153, Perkara 32 dan Perkara 3.





















PERKARA 3 ; AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan;
“Agama Islam bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan(29)”

Perkara 3 iaitu agama Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan. Kebebasan agama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk ;
Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri
Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat
Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang
Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3(1) iaitu;




Perkara 11 (4):
“Undang-undang Negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekuatan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.”
Perkara 12 (2):
“….adalah sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuh atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlukan bagi maksud itu.”

Perkara 121 (1A):
“Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.”








1. Keputusan Kabinet Isu Agama Anak
Kita sudah sedia maklum keputusan kabinet baru-baru ini (23 April 2009) yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazeri Abdul Aziz mengenai kemelut isu yang berkaitan dengan anutan agama kanak-kanak yang mana suami isteri bercerai - berai dan salah seorang dari pasangan menganut agama lain contohnya Islam.
Keputusan itu adalah berdasarkan syor yang dibuat oleh jawatankuasa khas Kabinet bagi menyelesaikan kes K. Pathmanaban, 40, atau nama Islamnya, Mohd. Ridzuan Abdullah yang bertindak menukar agama anaknya, Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, setahun, serta memohon hak penjagaan terhadap tiga anaknya itu di Mahkamah Syariah Ipoh.
Langkah itu telah dibantah oleh ibu kanak-kanak terbabit, M. Indra Ghandhi, 35, yang masih beragama Hindu kerana mendakwa Mohd. Ridzuan berbuat demikian tanpa pengetahuannya.
Dengan keputusan kabinet itu menyebabkan pegangan agama anak-anak beliau yang ditukarkan kepada Islam terbatal dan mereka kembali kepada agama Hindu.
Keputusan tersebut menyebabkan banyak pihak berasa kurang senang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Contohnya,Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet itu kerana ia telah menafikan hak ibu atau bapa yang telah memeluk Islam untuk mendidik anak-anak mengikut agama baru yang dianutinya.
Menurut beliau, sebarang keputusan untuk mengekalkan anak-anak dengan agama asal ibu bapa juga harus mengambil kira Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut salah seorang ibu atau bapa boleh menentukan agama anak-anak.
''Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah disahkan menerusi keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes R. Subashini yang memutuskan adalah memadai salah seorang ibu atau bapa membuat keputusan untuk anaknya yang di bawah umur memeluk Islam," ujarnya.
''Keputusan Jemaah Menteri bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 yang memberikan hak kepada Muhammad Shafi Saravanan Abdullah untuk mengislamkan kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan atau mendapat persetujuan isterinya, R. Subashini yang masih beragama Hindu.
''Walaupun tiada peruntukan khusus dalam enakmen keluarga Islam berhubung perkara itu, kita tetap perlu mengikut keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan," katanya.
Menurut, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula, sebarang keputusan membabitkan agama Islam sepatutnya dibincangkan dengan Majlis Mufti-Mufti Malaysia terlebih dahulu.
Sambil menyatakan dukacitanya dengan keputusan Kabinet berkaitan isu anutan anak-anak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama, beliau berkata, jika keputusan itu dikekalkan, ia menimbulkan kekeliruan kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
Kesimpulannya, keputusan kabinet itu amat mengecewakan masyarakat Islam di negara ini amnya. Kenapa harus jadi begini? . Apakah keputusan itu ada udang di sebalik batu? Apakah kabinet tidak memikirkan impak daripada keputusan itu? Inilah persoalan-persoalan yang timbul di kalangan masyarakat Islam baik di bandar maupun di pelusuk kampung. Apabila hal ini dipersoalkan maka tertanamlah bibit-bibit perkauman.
















2. Kes Murtad Siti Fatimah Tan Abdullah
Pada 8 Mei , Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Abdullah, 39, untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad).
Ini merupakan kes pertama di negara ini melibatkan mualaf yang masih hidup semenjak Mahkamah Syariah diberi kuasa mengendali kes sebegini.
Siti Fatimah telah menfailkan permohonan terhadap MAIPP selaku difenden bagi menukarkan agama Islam kepada agama asalnya pada 10 Julai 2006. Dalam pernyataan tuntutannya, beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam dan hanya memeluk agama itu sekadar untuk mencukupkan syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.
Menurutnya lagi beliau menyatakan bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Sehubungan itu, Hakim Othman memerintahkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) membatalkan sijil memeluk Islam wanita itu. Untuk menukar status dalam kad pengenalan, Siti Fatimah diminta menguruskannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah syariah. Keputusan tersebut dilaksanakan menurut undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61(3)b(X) di bawah Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang.
IMPLIKASI TERHADAP HUBUNGAN ETNIK

Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berperlembagaan. Rakyatnya yang berbilang kaum bebas menyuarakan pandangan, beragama dan berpolitik. Namun begitu kebebasan itu tertakluk kepada perlembagaan Negara.

Di Malaysia, agama Islam adalah agama rasmi negara dan merupakan agama persekutuan. Namun begitu, agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

Walaupun kebebasan itu dibenarkan, rakyat tidak boleh memainkan isu-isu sensitif khasnya isu agama yang boleh memecahkan perpaduan. Isu-isu seperti isu agama tidak boleh dibahaskan secara terbuka kerana ia boleh menyinggung perasaan dan boleh meretakkan hubungan etnik di Malaysia.

Merujuk kepada keputusan Kabinet yang menetapkan agama anak berasarkan agama asal ketika perkahwinan amat mengecewakan umat Islam.. Keputusan itu merujuk kepada kes K. Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. Tambahan pula kabinet membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan ulamak di negara ini.

Keputusan itu seolah-olah kabinet sendiri telah membelakangi perlembagaan. Apakah keputusan ini dibuat kerana dipengaruhi oleh perkembangan politik semasa?

Seharusnya kabinet memikirkan impak terhadap hubungan etnik sebelum membuat keputusan itu. Sebenarnya keputusan itu jelas bercanggah dengan perlembagaan dan bertentangan dengan keputusan-keputusan mahkamah Persekutuan sendiri. Malahan saranan kabinet itu memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan (Artikel 12, Artikel 121, Jadual 9 Senarai II), merombak kembali keputusan Mahkamah Persekutuan, dan meletakkan Mahkamah Syariah seperti mahkamah kelas kedua.

Keputusan itu jelas satu penganiayaan dan penghinaan terhadap orang Islam. Sehubungan dengan kes ini, ramai yang tiba-tiba khuatir tentang hak menukar agama anak bawah umur daripada bukan Islam kepada Islam oleh mana-mana ibu bapa yang memilih memeluk agama Islam.

Maka satu kekeliruan telah berlaku yang akan melahirkan bibit-bibit keretakan hubungan antara dua keluarga yang berlainan bangsa yang boleh membawa kepada keretakan hubungan etnik. Tambahan pula, isu ini diperdebatkan secara terbuka dan mendapat liputan meluas daripada media massa.
Mengenai isu murtad Siti Fatimah Tan juga jelas menghina Islam. Beliau secara terang-terangan mengaku bahawa beliau memeluk Islam kerana hanya ingin memenuhi syarat bagi membolehkannya berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian pada 16 September 2004.
Beliau juga mengakui tidak pernah yakin dan tidak mengamalkan ajaran Islam. Beliau masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Pengakuan ini juga mendapat liputan media masa secara meluas dan diperdebatkan secara terbuka.Justeru itu, isu ini memberi implikasi yang mendalam kepada kesucian Agama Islam. Agama Islam seolah-olah mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Agama Islam bukannya agama yang kuat walaupun penganutnya ramai.
Hal ini juga diambil kesempatan oleh ahli-ahli politik untuk memancing undi. Maka mereka cuba menghasut dan membangkitkan semangat perkauman demi kepentingan peribadi. Kalau diperinci secara halusi, retetan peristiwa 13 Mei sudah mula timbul kembali. Perpecahan kaum sudah mula terasa. Kalau tidak dibendung seawal mungkin, tidak mustahil 13 Mei akan terjadi sekali lagi.
















PERKARA 32: KEDUDUKAN RAJA MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Berdasarkan sistem ini raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran dalam negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan British.
Apabila Tanah Melayu dijajah oleh British kuasa mutlak raja mula dihadkan. Raja mesti menerima nasihat Residen Britist dalam semua hal kecuali dalam adat istiadat Melayu dan Agama Islam. Namun begitu, setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berpelembagaan.
Menurut konsep raja berpelembagaan ini, raja-raja bertindak hendaklah mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah di tetapkan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara yang menyentuh mengenai isu raja-raja Melayu ialah Perkara 32.
Perkara 32 Perlembagaan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong seperti berikut:-
1. Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apapa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah Bahagian 15.
2. Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam persekutuanselepas yang di-Pertuan Agong.
3. Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti menjadi seorang Raja.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sisitem Raja Berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletak meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.
Walau bagaimanapun Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya semasa melaksanakan tugas-tugas berikut;
a) Melantik seorang perdana menteri
b) Tidak mempersetujui perminhtaan membubar Parlimen
c) Meminta supaya diadakan suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa dalam meyuarat itu dan apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.

KUPASAN ISU
1. Karpal Singh dengan Sultan Perak.
Isu antara Karpal Singh dan Sultan Perak bermula sejak Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ketua kerajaan negeri Perak telah memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Tindakan ini mencetuskan polimek apabila diberi perhatian oleh media arus perdana.
Selaku peguam veteran dan Pengerusi DAP Karpal Singh mempersoalkan camput tangan pihak istana dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Polimek tercetus apabila wujud ketidakserasian antara kerajaan campuran PAS, DAP dan PKR di Perak dengan pegawai kerajaan negeri yang dilantik sebelum pilihan raya. Konflik ini dirasakan oleh kerajaan negeri Perak yang baru sebagai menjejaskan kelancaran pentadbiran merekaPerak yang baru sebagai menjejaskan kelancaran pentadbiran mereka.
Karpal menyatakan beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Karpal berpendapat Pertukaran Datuk Jamry Sury adalah urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak. Karpal juga bertanya siapakah yang menjadi penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan sidang Dewan Rakyat. Beliau bagaikan mempersoalkan keupayaan Seri Paduka untuk berfikir sendiri.




2. Dato ’ Nizar Jamaluddin Derhaka Kepada Sultan Perak
Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Dalam konsep ini institusi raja menjadi tunggak pemerintahan negara dengan bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan. Namun begitu, cepat atau lambat, Malaysia akan berdepan dengan isu-isu perundangan.
Kebekangan ini banyak isu sensitif yang telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Antaranya isu Dato’ Nizar yang dilabelkan penderhaka kepada Sultan Perak oleh Parti Barisan Nasional. Beliau dilabelkan begitu kerana ingkar atas titah baginda dalam perlantikan menteri besar Perak yang baru.
Konflik itu berlaku apabila Barisan Nasional merampas kerajaan negeri Perak melalui pintu belakang. Situasi itu tidak dapat diterima oleh pihak pembakang. Manakala pihak Barisan Nasional cuba mengapi-apikan rakyat supaya menganggapkan Dato’ Nizar sebagai Penderhaka.
Keadaan menjadi lebih kusut lagi apabila ada pihak cuba memanipulasikan bahasa istana yang digunakan oleh Dato’ Nizar semasa mengadap sultan apabila dititah agar mengundur diri daripada menerajui kepimpinan Negeri Perak. Dato’ Nizar tidak bersetuju lalu “menyembah sembah derhaka”. Perkataan “sembah derhaka” telah diputar belit oleh pihak tertentu untuk mengutarakan Dato” Nizar sebagai penderhaka.




IMPLIKASI TERHADAP HUBUNGAN ETNIK
Semua orang tahu rakyat Malaysia menerima sistem raja berperlembagaan di negara ini. Namun disebabkan krisis di Perak, kita menyaksikan betapa ada rakyat yang tidak dapat mengawal kemarahan mereka. Maka berlakulah siri 'menyerang' laman web Istana Perak dengan kalimah-kalimah yang tidak sampai hati untuk kita luahkan di sini. Ia akhirnya membawa kepada pendakwaan beberapa individu di bawah Akta Hasutan 1948.
Peristiwa ini juga mengheret rakyat Malaysia kekancah perbalahan antara kaum akibat hasutan demi kepentingan peribadi. Merujuk kepada kes Karpal Singh, orang Melayu berpandangan Karpal Singh sebenarnya tiada hak untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran negeri Perak. Tambahan pula urusan itu ada kaitan dengan dengan Agama Islam.
Karpal Singh juga dilihat sudah melampau apabila cuba memperlekehkan kuasa raja atau ingin mencabar ketua negeri tersebut, sedang Dato’ Nizar sudahpun memohon maaf kepada Sultan Perak, Jesteru itu, sikap Karpal itu telah menimbulkan rasa kemarahan kepada orang-orang Melayu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, Raja dan Sultan mempunyai kuasa terutama dalam bidang berkaitan dengan agama Islam dan orang Melayu. Raja Melayu merupakan lambang Ketua Agama Persekutuan dan juga negeri-negeri Melayu yang lain. Maka sikap Karpal Singh dianggap jauh terpesong dan terlalu biadap dengan raja dan juga orang Melayu.
Orang-orang Melayu tidak boleh terima kalau dikatakan Karpal tidak sengaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Ini memandangkan beliau adalah seorang yang veteran dalam perundangan. Karpal juga dilihat mempunyai agenda tersendiri dalam mencetuskan polimek di negara ini.
Tindakan beliau itu menggambarkan Dato’ Seri Nizar sebagai boneka dalam pentadbiran negeri Perak. Ini berdasarkan kenyataan beliau supaya kerajaan negeri Perak tidak perlu tunduk kepada pihak istana.Jelas menampakkan kepada kita beliau cuba mencabar kedudukan Sultan dalam sesebuah negeri.
Merujuk kepada isu Dato’ Nizar Penderhaka pula ianya lebih kompleks. Isu ini dilihat timbul akibat daripada perebutan kuasa. Oleh kerana kuasa diletakkan di hadapan, maka ada pihak sanggup membelangkangi Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula kes ini mendapat liputan yang meluas media massa.
Ekoran daripada ini, maka timbullah rasa tidak puas hati antara kaum dan juga sesama kaum. Sesetengah orang Melayu menganggap Dato’ Nizar sebagai Menteri Besar Boneka. Sanggup menerima tekanan pihak yang berbangsa lain untuk melawan titah Sultan Perak. Puncanya kerana kuasa.
Isu ini sudah di manipulasi oleh sesetengah pihak. Ia disebarkan oleh media perdana secara meluas. Rakyat jadi keliru. Kesannya orang Melayu pula sudah berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menyokong Sultan dan satu kumpulan lagi menentang Sultan kerana Sultan mengikut telunjuk UMNO.
Apa yang lebih menghairan, kenapa sekarang ini UMNO beria-ia sangat mempertahan kedudukan raja, sedangkan pada 1983 pihak UMNOlah yang menimbulkan krisis perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu. Adakah UMNO sudah lupa?
Walau apa pun kita persoalkan, yang pastinya situasi ini memang amat merbahaya kepada negara. Kalau dibiarkan pasti akan merebak dan akan berlaku rusuhan. Andainya berlaku, ianya lebih buruk daripada peristiwa 13 Mei.
Seharusnya kita sama ada pemimpin ataupun pihak pembangkang perlu menjaga keluhuran perlembagaan. Jangan sesekali kita meletakkan kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan negara. Jangan sesekali derhaka kepada raja-raja.Masa depan negara kita bergantung kepada raja. Institusi raja perlu dijaga sebagai mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tanpanya pasti sukar kita untuk meyelesaikan masalah yang timbul di negara kita, maklumlah negara kita adalah negara yang kompleks yang mana rakyatnya berbilang kaum.














PERKARA 152; BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA
Bahasa Kebangsaan disentuh dalam perlembagaan negara melalui Perkara 152 yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Namun begitu, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan;
a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain, dan
b) Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh meyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana kerajaan negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana- mana kaum lain dalam persekutuan.
Walau apapun peruntukan peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehinggan selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap negeri dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehinggan selainnya diperuntukkan oleh parlimen, naskah yang sahih:
a) Bagi segala Rang Undang- Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana majlis Parlimen, dan
b) Bagi segala akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dalam Bahasa Inggeris.
Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen segala perbicaraan dalam Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju keterangan diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkodkan dalam bahasa inggeris.
Walau apapun peruntukan Fasal (4), sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala perbicaraan rendah, lain daripada mengambil keterangan, hendaklah dijalan kan dalam bahasa Inggeris.









:
1. ISU PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003. Ia merupakan cetusan idea Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri yang keempat Malaysia. Tujuannya baik yakni untuk melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana di peringkat universiti banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.
Pendek kata, matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu terkini dalam kedua-dua bidang . Disamping itu untuk melahirkan tenaga akademik yang berupaya menulis di dalam jurnal antarabangsa dan tenaga kerja yang memenuhi tuntutan pasaran kerja.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan sanggup mengeluar belanja beratus juta untuk menjayakan program ini. Namun, selepas enam tahun program ini dilaksanakan timbul pelbagai rungutan dan ketidakpuashatian di kalangan individu, ibu bapa, para cendikiawan dan tidak ketinggalan juga para pejuang bahasa.
Saban hari polimek ini tidak pernah padam. Rencam pendapat dan alasan yang dikemukakan pelbagai. Bagi yang menyokong, melihat dari sudut kepentingan generasi muda menguasai bahasa Inggeris dengan baik dalam menghadapi arus globalisasi. Manakala yang menentang pula melihat dari segi penghakisan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152.
Mangsanya ialah anak-anak yang berbangsa Melayu. Bagi golongan elit dan pertengahan tidak menghadapi masalah sangat. Bagi mereka yang tinggal di pedalaman yang tidak pernah mendengar perkataan “Yes” atau “No” di rumah inilah yang menghadapi masalah. Kesannya, mereka tidak berminat untuk belajar subjek sains dan matematik. Akhirnya mereka tercicir dalam pelajaran.

2. ISU PAPAN TANDA DALAM PELBAGAI BAHASA
Isu ini timbul apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown sahaja.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, bukan semua jalan akan diletakkan dalam pelbagai bahasa hanya jalan-jalan tertentu untuk tujuan warisan dan bukan di seluruh negeri. Nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan.
Menurut beliau lagi, tujuannya adalah untuk membantu ramai pelancong mengetahui bahawa Georgetown adalah sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk berbagai-bagai bangsa, kebudayaan dan agama.
Namun, tindakan itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan masyarakat setempat. Kebanyakan masyarakat negeri ini lebih suka jika bahasa Melayu sahaja yang digunakan terutama sekali mengambil kira peranan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Negara. Selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.
Sementara itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan. Akta untuk penggunaan bahasa Melayu itu juga tertakluk kepada dokumen rasmi termasuk risalah promosi pelancongan yang dikeluarkan oleh kerajaan.















IMPLIKASI TERHADAP HUBUNGAN ETNIK
Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
Sehubungan dengan itu semua pihak harus menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan. Jangan sesekali mencabuli apa yang telah termaktub dalam perlembagaan. Bila dicabuli, secara tidak langsung akan timbul rasa tidak puas hati dan merenggangkan hubungan antara kaum di negara ini.
Dalam isu PPSMI, banyak persoalan yang telah ditimbulkan. Hal ini berlaku apabila dilihat program ini gagal mencapai tujuannya selepas enam tahun dilaksanakan. Melihat dari sudut perlembagaan, jelas sekali program ini mencabuli apa yang termaktub dalam perlembagaan.
Dalam Perlembagaan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sangat jelas dalam Perkara 152 di mana segala urusan rasmi baik di peringkat persekutuan dan negeri hendaklah dijalankan dalam bahasa itu. Walaupun terdapat pengecualian kepada penggunaan Bahasa Melayu oleh Yang di-Pertuan Agong.
PPSMI tidak dilaksanakan melalui parlimen tetapi dibuat oleh pihak eksekutif secara tiba-tiba yang sepatutnya perlu melalui proses rundingan dan perbincangan awam. Ekoran daripada itu, maka program ini tidak boleh dihujah sebagai sesuatu yang dibenarkan.
Pada tahun 1981, isu Perkara 152 Perlembagaan telah ditimbulkan dan diputus oleh mahkamah. Ini merujuk kepada Kes penubuhan Universiti Merdeka, mahkamah telah menolak petisyen penubuhan Universiti Merdeka yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar kerana bertentangan dengan perkara 152.
Berdasarkan kepada kedua-dua kes ini maka timbul persoalan di kalangan kita. Kenapa dalam Program PPSMI Bahasa Inggeris boleh dijadikan bahasa pengantar sedangkan mahkamah menolak permintaan kaum Cina dalam kes penubuhan Universiti Merdeka? Tidakkah ini menimbulkan rasa tidak puas hati golongan Cina?
Melihat dari sudut penerimaan rakyat pula, bagi mereka golongan elit, menyokong agar program itu diteruskan, tetapi bagi mereka golongan bawahan yang kebanyakan terdiri daripada orang-orang Melayu memberi tentangan yang cukup hebat.
Kedua-dua golongan ini melihat dari sudut yang berbeza. Bagi golongan elit, mereka menganggap penguasaan Bahasa Inggeris itu amat penting bagi menguasai ilmu secara global. Maka mereka ingin program ini diteruskan agar mereka boleh duduk sama tinggi dengan bangsa-bangsa maju di dunia.
Manakala bagi golongan bawahan khasnya yang terdiri daripada kaum Melayu, mereka menganggap program ini menyusahkan mereka. Maklumlah mereka kebanyakannya hidup dalam kesempitan di daerah pedalaman. Mereka tidak didedahkan dengan bahasa lain apabila berkomunikasi. Yang mereka tahu adalah berbahasa Melayu.
Secara realitinya, pelaksanaan program ini adalah satu program yang yang tidak adil. Golongan bawahan khasnya kaum Melayu akan ketinggalan terutamanya dalam bidang pendidikan. Maka dalam jangka masa panjang akan wujud jurang perbezaan kaum khasnya dalam pendidikan yang boleh membawa kepada perpecahan perpaduan rakyat kita.

Merujuk kepada isu papan tanda yang berlaku di Pulau Pinang juga turut mencabuli Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 152 jelas menyatakan, Bahasa Melayu dan Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Sementara itu, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi kecuali bagi perkara yang tertakluk kepada perlindungan yang terkandung dalam perkara 152(1) Perlembagaan. Akta penggunaan Bahasa Melayu itu juga tertakluk kepada dokumen rasmi termasuk risalah promosi pelancongan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Pencabulan ini menimbul kemarahan orang-orang Melayu khasnya. Alasan yang diberikan Menteri Besar Pulau Pinang tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu. Api kemarahan ini pula dieksplotasikan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka.
Api kemarahan itu telah ditunjukkan olef rakyat Pulau Pinang khasnya orang-orang Melayu dengan cubaan merosakkan papan tanda di sekitar Lebuh Acheh. Bagi kaum Melayu, mereka menganggap kelulusan pihak pentadbir Pulau Pinang mengguna papan tanda pelbagai bahasa adalah satu penghinaan kepada Bahasa Kebangsaan.
Walau apapun, demi kebaikan semua kaum di negara ini, Keluhuran Perlembagaan Persekutuan harus sama-sama kita jaga. Sikap tolak ansur, hormat-menghormati juga patut kita kekalkan. Kalau kita asyik mencetuskan pelbagai isu yang bertentangan dengan perlembagaan pastinya tiada kesudahan. Apa yang kita dapat hanyalah kehancuran.
Oleh yang demikian, kita patut sama-sama menjaga kepentingan Bahasa Kebangsaan yakni Bahasa Melayu demi kepentingan negara kita tercinta.

PERKARA 153; HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi;
 Perkhidmatan awam : Perkara 153 (2, 3 dan 4 )
 Ekonomi : Perkara 153 (6)
 Pelajaran ; Perkara 153 (2, 3 dan 4)
 Kedudukan Keistimewaan orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.
 Hak-hak ini tidak boleh di pertikaikan dan ia dilindungi dai bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971)








1. Dato’ David Chua Meminta Hak Keistimewaan Orang Melayu DiHapuskan
November 2000, kita dengan isu hak keistimewaan dan ketuanan Melayu oleh Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu perkara yang dianggap amat sensitif di dalam negara ini. Para pemimpin UMNO telah meluahkan rasa tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap akan menggugat kedudukan orang Melayu dan akan mencetuskan perbalahan kaum.
Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerajaan tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk bantuan bantuan, subsidi dan sistem kuata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.
Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996, tetapi hak keistimewaan oarang Melayu dipertahankan sebagai intiti utama pembangunan negara dan di dalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera.



2. ISU APARTIED
Isu Aparteid yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau telah mengemparkan seluruh negara. Dr Boo mendakwa, amalan 'bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang diamalkan di negeri ini menyamai ideologi Apartheid kerana berasaskan politik perkauman iaitu golongan yang dominan diberikan keutamaan dalam mendapatkan bantuan.
Dilihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Wakil Rakyat berkenaan boleh merosakkan keharmonian negara.Kenyataan ini juga menunjukkan dasar sebenar DAP yang suka membangkitkan politik perkauman yang sempit.
Mereka sudah berani mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu selepas pilihan raya umum 2008 yang lalu. Mungkin mereka mula berasa gah apabila dapat menawan beberapa buah negeri.
Mereka tidak menghiraukan perasaan orang Melayu yang terkenal dengan sifat sopan-santun dan lemah lembut. Pun begitu, harus diingat orang Melayu pantang dicabar!. Mereka akan bersatu bila-bila masa bila kedudukan mereka diganggu gugat.
Timbul pertanyaan dikotak fikiran kita, kenapa mereka cuba bermain api dengan orang Melayu? Adakah mereka buta sejarah? Sedangkan orang Melayu tidak pernah menganggu mereka. Bahkan menerima mereka dengan rela hati menjadi kerakyatan negara ini. Seharusnya mereka bersyukur dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan.
Jelas menunjukkan DAP tidak belajar dari sejarah berlakunya peristiwa 13 Mei yang berpunca dari kenyataan-kenyataan berbaur perkauman sehingga mencetuskan isu pergaduhan kaum.
















IMPLIKASI TERHADAP HUBUNGAN ETNIK
Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa ‘kedudukan dan hak istimewa orang-orang Malayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi yang meliputi perkhidmatan awam, ekonomi, pelajaran dan peruntukan Perkara 89 dan 90 berhubung rizab Tanah Melayu” Hak-hak ini tdak boleh dipertikaikan dan ianya dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (pindaan 1971)
Perkara ini jelas dan dan perlu difahami dan diterima oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sebagaimana persetujuan antara kaum dalam kontrak sosial yang dibina semasa penubuhan Malaysia.
Merujuk kepada kedua-dua isu tadi, ia dapat menimbulkan sentimen perkauman yang boleh merosakkan keharmonian negara. Kenyataan Dato’ David Chua Meminta Hak Keistimewaan Orang Melayu DiHapuskan memang mengguris hati orang Melayu. Tambahan pula kenyataan itu mendapat liputan utama daripada media massa.
Walaupun pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah tamat tempohnya pada tahun 1996, ia tidak bererti hak keistimewaan orang Melayu turut terkubur. Hak keistimewaan orang Melayu tidak akan terhapus kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan. Kerajaan berhak membentuk dasar baru bagi menggantikan DEB demi menghapuskan jurang perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera. Jadi tidak sepatutnya ada mana-mana pihak mempersoalkan hal ini.
Dalam isu apartied pula,jelas menampakkan Dr. Boo cuba membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu. Beliau seolah-olah tidak memahami apa itu dasar arpartied. Dasar Aparteid ialah dasar yang mengamalkan perbezaan kaum, warna kulit dan kedudukan sosial. Sistem Aparteid tidak termaktub atau diwartakan dalam perlembagaan mana-mana negara. Ia diamalkan oleh sebuah rejim yang mementingkan serta menjaga kepentingan kaum mereka sahaja dalam segala urusan. Kaum-kaum lain akan dipinggirkan dan dijadikan hamba serta tidak diberi layanan yang sepatutnya. Orang-orang kulit hitam dijadikan hamba serta disiksa dan dipenjarakan sekiranya ingkar terhadap arahan orang kulit putih.
Sistem Aparteid amat tidak menyamai dengan dasar menjaga kepentingan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia. Walaupun hak istimewa dan kepentingan Melayu dan Bumiputera dijaga, tetapi kepentingan dan kebajikan kaum-kaum lain tetap diperjuangkan serta diambil perhatian oleh kerajaan di negara ini.
Jadi persoalan bumiputera atau bukan bumiputera harus dihapuskan tidak timbul lagi. perkara yang penting lagi ialah setiap pihak harus berpegang kepada perjanjian dan semangat setia kawan yang telah tersedia termaktub didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan penduduk peribumi yang lain sebagai golongan bumiputera perlu diakui.










LANGKAH– LANGKAH MENGATASI FENOMENA TERSEBUT

Satu demi satu isu sensitif telah dibangkitkan oleh sesetengah pihak dewasa ini, menyebabkan timbul tafsiran perpaduan kaum di negara ini sudah mula longgar. Isu-isu tersebut ditimbulkan mungkin dengan sengaja ataupun tidak segaja. Apa yang pastinya, ia meresahkan kita. Perkara ini perlu dibendung secepat mungkin sebelum ia menjadi duri dalam daging.
Sesetengah pihak segaja menimbulkan isu sensitif ini demi mencari pengaruh dan menjaga kedudukan mereka. Mereka sanggup membelakangi perlembagaan dan mengguna saluran yang betul asalkan apa yang mereka cita itu dapat. Orang semacam ini kita tidak boleh biarkan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan sepatutnya menubuhkan satu badan bebas untuk menilai dan menangani masalah ini agar ia tidak menjadi serius.
Negara kita adalah sebuah negala yang kompleks. Rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu, perasaan hormat-menghormati dan toleransi amat diperlukan demi keamanan negara. Sikap ini perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi sama ada melalui program sekolah, media massa ataupun lain-lain agensi.
Rakyat juga seharusnya memahami apa yang terkandunga dalam Rukun Negara. Walaupun Rukun Negara bukan undang-undang, tetapi ia memerlukan iltizam atau komitmen untuk memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip yang boleh memandu proses pemikiran dan perilaku rakyat.
Kerajaan perlu bertindak adil keatas semua rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi rakyat. Kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan bertujuan untuk menjaga keamanan negara dan jangan disalahgunakan. Jangan kerana kuasa kita mengambil kesempatan mengguna akta itu. Oleh itu pihak kerajaan harus telus dalam mentadbir negara.
Parti-parti politik juga perlu memainkan peranan dalam menjaga hubungan kaum di negara. Jangan sesekali membangkit sentimen perkauman dalam memancing undi. Mereka seharusnya perlu bersedia menerima perubahan dan bersedia berkorban kepentingan diri demi negara.
Selain itu, media massa dan media cetak seharusnya tidak mementingkan keuntungan semata-mata. Setiap isu sensasi yang hendak diterbitkan itu sepatutnya dinilai kesan baik buruknya kepada masyarakat. Setiap berita yang hendak dipaparkan mesti tepat dan betul bagi mengelakkan salah faham dikalangan masyarakat kita. Media sepatutnya menjadi medium yang menghubungkan dan menyatupadukan masyarakat Malaysia. Maklumlah, sama ada media cetak atau elektronik boleh menyebarkan berita dengan cepat dan mudah.
Oleh itu, semua rakyat negara ini harus berpegang kepada nilai-nilai bersama dan mempercayainya dalam kerangka perundangan dan perlembagaan. Semangat jati diri patriotisme tidak seharusnya terlalu rapuh sehingga mudah berkecai apabila diperlekehkan oleh pihak luar yang mahu melihat kegagalan Malaysia.

Sesungguhnya, sifat faham-memahami berhubung kepercayaan agama, adat resam dan keperluan setiap golongan masyarakat adalah jalan terbaik untuk mencapai keharmonian di negara ini. Sifat toleransi, seperti yang disebut adalah juga formula yang bergandingan dengan sifat faham-memahami antara satu sama lain. Sifat ini harus wujud dalam setiap jiwa dan raga rakyat di negara kita yang kita cintai bersama.




Sudah 50 tahun semangat intergrasi dan perpaduan diantara kaum di negara kita telah wujud. Kewujudannya harus diperkuat dan dikekalkan dari semasa ke semasa. Kewujudan elemen-elemen yang menyentuh sesitiviti kaum sekarang ini semakin runcing dan boleh merobohkan perpaduan yang selama ini kita kecapi seharusnya tidak ditimbulkan.
Kita perlulah mengambil ikhtibar daripada pemimpin terdahulu dan haruslah dijadikan kayu pengukur kepada kita sejauh mana pengorbanan pemimpin kita pada hari ini dengan pemimpin dahulu. Kita perlulah menerapkan elemen yang baik kepada rakyat di negara kita agar erti perpaduan dapat dihayati dengan baik dan mengukuhkan lagi integrasi kaum di negara kita ini.

Fahamilah apa itu Kontrak Sosial? Jikalau semua kaum memahaminya sudah pasti isu-isu sensitif tidak ditimbulkan. Maka negara kita akan aman dan terus maju.

Oleh itu, setiap kaum di negara kita perlulah menghormati kaum lain dan perlulah bersifat toleransi. Hal ini, sesuai dengan slogan kepimpinan masa kini iaitu “1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Perkara ini sekaligus akan menghindarkan kita daripada konflik yang dinamakan isu perkauman. Ekoran daripada itu, kita sebagai rakyat di Malaysia tidak seharusnya lagi mempertikaikan perkara-perkara yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara dan apa yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara. Sama-samalah kita akui bahawa kita adalah rakyat Malaysia.