Saturday, May 29, 2010

RINGKASAN MODUL BMM3104- MENDENGAR DAN BERTUTUR

BMM3104
Ringkasan Modul
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BERTUTUR:
A)Kemahiran Bertutur: merupakan proses komunikasi yang kompleks yang mana penutur dapat menghasilkan bunyi bahasa yang bermakna dengan menggunakan unsur-unsur prosodi dan para linguistik dengan sempurna. Ia juga melibatkan proses mental; memahami,menakul,memadan,menyesuai dan memberi gerakbalas tertentu.
B)Aspek Pertuturan: termasuklah:-
• Sebutan
• Tekanan
• Mora
• Jeda
• Intonasi
• Nada
• Tatabahasa
• Kelancaran kefasihan
• Laras bahasa

C)Objektif Kemahiran Bertutur:- murid-murid dapat;
o Menyebut dengan jelas
o Menyampaikan idea
o Melaporkan peristiwa
o Memberi penerangan dan alasan
o Bertemu ramah
o Bertutur secara bertatasusila
o Bertukar-tukar pendapat

D) Aktiviti Kemahiran Bertutur:-
 Menjawab soalan
 Membina soalan
 Memberi arahan
 Bercerita
 Simulasi
 Drama
 Taklimat.





MENDENGAR
A) Kemahiran mendengar; merupakan satu proses minda dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.
B) Peringkat Proses Mendengar:-
Mendengar deretan bunyi bahasa
Memahami bunyi
Menilai bunyi
Bertindak balas
C) Objektif Kem. Mendengar-:
 Memperoleh idea
 Mencari isi
 Melakukan arahan
 Mengecam isi
 Mentafsir makna
D) Bentuk Kemahiran Mendengar
• Secara pasif
• Secara aktif
• Secara bertelau-telau
• Secara menebuk-nebuk
• Secara beremosi
• Secara berhati-hati
E) Prinsip-prinsip Mendengar
 Melalui latihan
 Melalui pengalaman
 Dapat menyatukan idea dengan cara berkesan
 Dipengaruhi oleh aspek fizikal,neorologi dan psikologi
 Mendengar untuk apresiasi


KEMAHIRAN LISAN-BAB 2
Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan
A) Peringkat Penerimaan-dengar, faham tanpa tindak balas
B) Peringkat Tindakbalas=dengar, faham
dan bertidakbalas
PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR
i) Peringkat Awal-pengucapan bertatasusila,mengajuk,menyoal,membuat teguran,memberi arahan
ii) Peringkat Pertengahan-membuat deskripsi,cerita,bersoaljawab,memembaca iklan,komen mudah.
iii) Peringkat Maju-bercerita,perbincangan,ceramah,mendeklamasi puisi, drama dan perbahasan
UNSUR2 DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN LISAN
1. Kecerdasan
2. Kesihatan
3. Fizikal
4. Persekitaran
5. Jantina –pertumbuhan berbeza
6. Dwi bahasa-kanak-kanak dwi bahasa sering terganggu
PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Perlu diajar bersama-sama dengan kemahiran bertutur,membaca dan menulis
2. Perlu dirancang menjurus kepada satu aktiviti
3. Disampaikan dalam pelbagai aktiviti
4. Diajar berperingkat-peringkat-mudah ke sukar, konkrit ke abstrak
5. Diajar secara tak langsung
6. Murid perlu diberi peluang
7. Motivasi
Soalan spot:
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.

BMM3104 –KEM. MENDENGAR DAN BERTUTUR (Bab 3
A) Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
1. Pendekatan Situasi |-
 Berlandaskan teori behaviouris dan struktural
 Murid perlu menguasai kemahiran asas ; membuat tanggapan, membunyikan perkataan dan aspek struktur bahasa
1.1 Prinsip Pendekatan Situasi
• Guru perlu memberi peneguhan
• Perlu memandu menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul
• Dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat
• Kem. Bertutur mesti diajar di peringkat awal pengajaran
• Perlu ada latih tubi

2. Pendekatan Komunikatif
 Murid boleh menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan komunikasi dalam sesuatu interaksi bahasa.

2.1 Prinsip Pendekatan Komunikatif
• Murid menguasai kecekapan berbahasa dan tahu menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa sebenar
• Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka
• Murid dan guru perlu ada hubungan positif
• Apa yang dibincangkan mesti di bawah pengetahuan dan pengalaman murid
• Perlu menggunakan situasi formal dan tidak formal

B) Kaedah Pengajaran Kem. Bertutur
1. Keedah Terus – murid belajar bertutur dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan yang dilihat dan didengarnya. Akhirnya mereka dapat membentuk kelaziman dalam berbahasa.
 Ciri-ciri Kaedah Terus;
 Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa
 Jika murid tidak faham, guru perlu menggunakan ABM
 Aspek tatabahasa- diajar melalui tunjuk cara
 Murid perlu membuat kesimpulan

 Langkah Pengajaran Mengguna Kaedah Terus
i) Memperdengarkan perbualan
ii) Murid dilatih berbual
iii) Diadakan latih tubi agar murid dapat menguasai sebutan dan intonasi

2. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
 Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya.
3. Kaedah Audio-Lingua :
 Menggunakan pelbagai alat rakaman
 Kanak-kanak perlu meniru dan menghafaz
4. Kaedah Komunikatif
 Kanak-kanak menguasai bahasa melalui proses kognitif
 Mementingkan penguasaan kecekapan bahasa

Teknik Pengajaran Kem. Bertutur:
> latih tubi
> soal jawab
> bercerita
> main peranan
> simulasi


BMM3104 – KEMAHIRAN MEMBACA (BAB 6)

A) JENIS BACAAN:
 Bacaan Mekanis- mementingkan bunyi, intonasi, nada dan tekanan yang betul.
 Bacaan Mentalis – untuk memahami apa yang dibaca.
 Bacaan Intensif- lebih mendalam;mementingkan kefahaman bagi tujuan meneliti dan mentafsir
 Bacaan Ekstensif – makin meluas;di laksanakan di luar bilik darjah


B) PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

• Peringkat Kesediaan Membaca-bacaan awal dan asas kanak-kanak. Dipengaruhi oleh faktor fizikal, emosi, pengalaman, persekitaran, kecerdasan dan perkembangan kognitif.
• Prabacaan-kesediaan membaca;ketajaman pengamatan mata dan telinga, koordinasi psikomotor dan mental.
• Bacaan – kemahiran mengenal abjad hingga dapat membaca ayat.
• Bacaan Mekanis-dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
• Bacaan dan Kefahaman – membaca untuk memahami apa yang dibaca dan dapat membuat tafsiran yang betul dan tepat.

C) TEKNIK BACAAN

• Bacaan Intensif-bacaan mentelaah isi dan juga bahasa
 Konsep Bacaan Intensif;
i) meluaskan lagi perkembangan murid
ii) menjelaskan lagi struktur yang sukar dan perkembangan perbendaharaan kata
iii) mengkaji ciri-ciri tatabahasa
iv) mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan


 Tujuan Bacaan Intensif-Membolehkan kanak-kanak;
i) Membaca dengan baik
ii) Dapat mentafsir
iii) Kepantasan membaca
iv) Menilai dan mengulas isi
v) Mengesan, menilai, memahami dan menikmati unsur-unsur estetika
vi) Mengenal pasti laras bahasa
vii) Membuat rumusan

ยช Bacaan Ekstensif- bacaan yang lebih meluas. Tujuannya memahami lebih banyak isi. Cara bacaannya:
o Cara tinjauan-meninjau tentang bab, sinopsis, Isi kandungan dsb.
o Cara sekilas- utk mendapat maklumat secara umum/hal-hal tertentu sahaja/mdpt bahan perpustakaan
o Cara dangkal-utk mendapat kefahaman secara luaran.
 Konsep Bacaan Ekstensif;
o Di luar kelas
o Pelajar seronok
o Tanpa bimbingan guru
o Bahan bacaan meluas
 Tujuan;
o Melatih murid berdikari
o Dapat membaca dengan fasih
o Dapat pengetahuan meluas dan
o Berhibur
o Menambah minat
o Kaya perbendaharaan

 Bacaan Skimming-membaca cepat bagi tujuan mengutip maklumat secara sepintas lalu.


 Bacaan Scanning-bacaan secara cepat bagi tujuan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan. Pembaca tidak perlu menghabiskan apa yang dibaca. Cuma mencari maklumat yang dikehendaki sahaja







1 comment:

  1. Thank you utk informasi ini.. Minta copy utk buat rujukan..

    ReplyDelete