1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambah, nilai intelek serta diperbanyakkan modal budayanya.........................................................
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah...............................................................................
Pada abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di peringkat global. ............................
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:
”... as the most significant and costly resource in schools, teachers
are central to school improvement efforts. Improving the efficiency
and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that
competent people want to work as teachers, that their teaching is of
high quality, and that all students have access to high quality teaching.”
( Organization for Economic Co-operation and Development; petikan
daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
2.0 IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH
Iklim dan budaya sekolah merupakan elemen penting dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ia menjadi penanda awal dalam proses pembentukan para pelajar bagi mencapai kualiti pendidikan secara menyeluruh seterusnya dapat melahirkan modal insan sebagai produk negara yang produktif. Sehubungan dengan hasrat dan aspirasi pendidikan di atas, maka guru dan sekolah sebagai jentera pembina dan pemangkin akan menjadi penentu awal hala tuju para pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai etnik, ragam, sosiobudaya dan latar belakang. Seorang guru yang berinovatif dan kreatif perlu membina dan mendidik para pelajar dengan pelbagai elemen kemahiran, pengetahuan, pemikiran dan nilai yang selari dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara.
Semua agenda di atas bermula di bilik darjah yang mempunyai iklim dan budaya sekolah yang positif dibantu dengan pembinaan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Halpin & Croft ( 1963 ), menyatakan iklim dan budaya sekolah menggambarkan personaliti seseorang guru itu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Howard ( 1974 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum ( 1981 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar.
Abdul Rahman an-Nahlawi ( 1995 ), pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka. Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.
Ting Len Siong & Dr. Hj. Muhamad Sidek Said ( 2007 ), iklim sekolah juga dapat dikenali sebagai budaya sekolah yang mengandungi empat komponen utama dalam mencirikannya sebagai budaya sekolah iaitu aspek fizikal, sosial, perkembangan intelek dan penggunaan bahasa.
Berdasarkan kajian beberapa tokoh di atas mengenai pembentukan iklim dan budaya sekolah yang positif, maka saya dapat simpulkan beberapa ciri iklim dan budaya sekolah yang dinamik yang menjuruskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Antaranya :
1. Guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan
2. Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan pelajar-pelajarnya.
3. Guru Besar merasa penuh yakin terhadap kerjanya serta bertimbang rasa.
4. Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
2.1 HUBUNGAN IKLIM DAN BUDAYA
Apakah hubungan iklim dan budaya seperti yang diterangkan di atas? Iklim dalam konteks pendidikan membawa maksud suatu suasana persekitaran yang tenang, nyaman, selesa, dan menarik untuk dimanfaatkan oleh para pelajar, guru, malah seluruh warga sekolah. Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggambarkan iklim pembelajaran seperti yang dimaksudkan termasuklah pembinaan taman-taman sains, rekreasi, kolam yang lengkap isinya, sudut-sudut pembelajaran, hiasan mural pada bangunan, keceriaan, menetapkan peraturan-peraturan untuk seluruh warga sekolah, dan sebagainya yang boleh membawa kepada suasana positif ke arah budaya pembelajaran yang kondusif.
Budaya pula sebagaimana pendapat beberapa tokoh di atas merupakan suatu amalan berterusan para pelajar dengan mengekploitasikan iklim pembelajaran yang diwujudkan. Antara budaya pembelajaran diterapkan ialah pembentukan hubungan mesra antara guru dengan murid, murid dengan murid, murid dengan pekerja, amalkan budaya salam dan pengucapan bertatasusila, program ‘buku ditangan’, meneroka maklumat di persekitaran sekolah, menggunakan tempat-tempat khas yang disediakan untuk belajar, kuatkuasakan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan supaya murid terdidik dengan disiplin dan sebarang program yang boleh membentuk budaya positif pelajar.
“Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan, kita perlu kurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenar lebih luas. ''Rakyat negara ini perlu digalak 'memburu' maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasif sahaja,"
( Raja Dr. Nazrin Shah, Utusan Malaysia, 5 Mei 2009 )
Pembinaan persekitararan sekolah yang mempunyai iklim dan budaya yang positif dan efektif sahaja belum cukup sempurna untuk melahirkan para pelajar berkemahiran seperti yang dinyatakan pada awal tadi. Semua sudah maklum bahawa proses pengajaran dan pembelajaran formal bermula di bilik darjah. Oleh itu, pembentukkan persekitaran bilik darjah yang kondusif amat penting kerana di sinilah para pelajar mula mengenali dunia persekitaran mereka secara langsung. Sebagai guru, lebih-lebih lagi guru kelas yang bertanggungjawab penuh dalam usaha mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif.
3.0 PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan bilik darjah merupakan tempat penting dalam melahirkan para pelajar yang produktif dalam semua aspek, maka menjadi tugas guru mentadbir urus bilik darjah supaya ia benar-benar kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Lemlech ( 1979 ), mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber, penyusun persekitaran kelas yang efisyen, penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Anderson ( 1989 ), mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain dan penggunaan masa pembelajaran yang efisyen. Levin & Nolan ( 2004 ), pula memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. Parker J. Palmer ( 1998 ), mendapati bahawa suasana bilik darjah turut mempengaruhi perlakuan pelajar. Mereka berasa bosan, rimas dan tidak selesa untuk belajar dengan tekun. Mereka lebih seronok jika dibawa ke bilik sumber yang berhawa dingin atau ke perpustakaan.
Rumusan yang dapat dibuat hasil kajian daripada beberapa tokoh di atas menjelaskan betapa pentingnya pengurusan bilik darjah yang benar-benar bersifat kondusif. Guru bukan hanya memenuhi jadual waktu mengajar semata-mata, malah bertanggungjawab dalam memastikan pembentukan modal insan yang benar-benar mencapai tahap penguasaan kemahiran sesuai dengan aspirasi diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bermula dengan pembentukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkah laku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang afektif. Oleh itu guru perlu bertindak ke arah membentuk dan membina bilik darjah yang benar-benar bersifat kondusif yang meliputi aspek-aspek perancangan keceriaan kelas, kebersihan kelas, penerapan unsur motivasi dan pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.
3.1 Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif
Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama seperti berikut;
• Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.
• Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
• Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
• Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.
Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna. Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif serta lebih tinggi motivasinya.
Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.0 USAHA-USAHA MENJADIKAN BILIK DARJAH BERSIFAT KONDUSIF
Pelbagai usaha telah saya ambil bagi merealisasikan bilik darjah saya ke arah bersifat kondusif. Usaha-usaha ini telah sedikit sebanyak dikongsi bersama rakan-rakan guru di sekolah saya. Antara usaha-usaha itu ialah susun atur bilik darjah, membina interaksi dan komunikasi berkesan, motivasi dan penerapan nilai murni, menetapkan disiplin bilik darjah, dan membentuk pengajaran bestari.
4.1 Susun Atur Bilik Darjah
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Penyusunan kerusi dan meja perlu mengikut kumpulan murid. Ia bertujuan menudahkan interaksi antara murid dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan bahan pembelajaran. Contoh penyusunan sebagaimana beikut :
4.1.1 Meja murid dipastikan tidak diletakkkan di hadapan pintu masuk atau keluar serta tingkap manakala meja guru ditempatkan di hadapan kelas di mana mempunyai hubungan visual dengan semua murid.
4.1.2 Mengambilkira saiz bilik darjah dalam proses susun atur agar memberi cukup ruang supaya murid selesa bergerak dan menjalankan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
4.1.3 Ruang dinding akan digunakan sebagai ruang melekatkan ataum menampal hasil kerja murid, bahan pengajaran, bahan hiasan dan sebagainya.
4.1.4 Ruang siling boleh diaplikasikan sebagai tempat menggantung mobile, hiasan, dan hasil kerja murid yang bersesuaian termasuk bahan pengajaran.
4.1.5 Penyediaan lokasi khas untuk menempatkan bahan-bahan rujukan seperti kamus, malajah, akhbar, peta, dan bahan manipulatif termasuk juga tugasan murid yang disalin dalam bentuk CD disimpan untuk tujuan kegunaan pada masa hadapan.
4.1.6 Portfolio murid boleh disimpan dalam almari yang mudah diakses.
4.1.7 Menyediakan tempat khas bagi bekas makanan dan minuman di bahagian belakang bilik darjah.
4.1.8 Memberi perhatian dan mewujudkan satu sudut untuk meletakkan jam dinding, kalendar, tisu, dan peti pertolongan cemas.
4.1.9 Memastikan alatan seperti komputer, OHP, LCD, TV, rakaman audio dan video sentiasa berfungsi dan berkeadaan baik.
4.1.10 Tingkap dan pintu yang sempurna membolehkan udara dan cahaya yang mencukupi memasuki bilik darjah. Ini akan membangkitkan semangat belajar dan memberi keselesaan kepada murid.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. ( Haji Samsudin bin Md Noor, tiada tahun )
Pada asasnya, saya berpendapat bahawa proses mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif perlu mendapat kerjasama semua pihak, yakni pentadbir guru-guru lain dan murid-murid dalam kelas itu sendiri. Ini kerana tidak semua yang dinyatakan dapat diterjemahkan sepenuhnya. Terdapat pelbagai kekangan seperti sumber kewangan, masa dan tenaga, idea, kemudahan fizikal bangunan dan peralatan. Lihat saja sekolah-sekolah yang berada di pedalaman yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek. Walaubagaimanapun kita sebagai guru perlu menggunakan segala kepakaran yang ada dengan cara berhemah. Jika guru terus menerus dengan segala macam alasan, maka hasrat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif akan terbantut dan gagal. Siapakah yang akan rugi? Siapakah anda yang diberi nama ‘guru’ itu? Saya tingalkan persoalan itu dengan pendapat Daoed Yoesoef ( 1980 ), menyatakan bahwa seorang guru mempunyai tiga tugas pokok iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Sama-sama kita renungkan.
4.2 Membina Interaksi Dan Komunikasi Berkesan
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, interaksi dan komunikasi antara guru dengan murid dan murid dengan murid memainkan peranan penting. Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Jones ( 1995 ), pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan murid. Lebih banyak berlaku komunikasi dan interaksi antara guru dengan murid, maka lebih banyak guru dapat membantu dan memahami murid. Hal ini seterusnya akan meningkatkan prestasi pembelajaran murid.
Pembinaan interaksi dan komunikasi dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif akan memberikan implikasi positif kepada kedua-dua belah pihak. Bagi pihak guru, dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran, guru menjadi semakin bermotivasi, murid lebih senang dikawal, kerjasama antara guru dengan murid dapat melancarkan perjalanan aktiviti dan dalam masa yang sama dapat menaikan imef guru. Manakala di pihak murid pula, mereka akan lebih berminat untuk belajar, berani berdamping dan berhubung dengan guru, meningkatkan motivasi murid, dan prestasi akademik akan meningkat.
Saya berpendapat proses pembinaan interaksi dan komunikasi yang berkesan ini mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan seseorang guru. Terdapat beberapa gaya atau kaedah kepimpinan seseorang guru iaitu :
a. Kepimpinan Aautokratik iaitu mewujudkan suasana tertekan, tidak menarik, dan tidak kondusif.
b. Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
c. Kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra. Selain itu guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid ( Dr Ragbir Kaur, 2008 ).
……………………………………………………………………
Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa pembinaan hubungan yang mesra antara guru dengan murid, murid dengan murid akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang harmoni tanpa tekanan malah objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah. Ini berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang guru itu. Anda sendiri dapat menentukan apakah gaya kepimpinan yang ada pada diri anda. Tidak sukar untuk kita sebagai guru mengaplikasi proses interaksi dan komunikasi ini kerana kita telah dibekalkan ilmu sedemikian sewaktu berada di pusat pengajian. Sama-sama kita hayati pendapat Good & Brophy (2002), yang mengatakan bahawa guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.
4.3 Motivasi Dan Penerapan Nilai-Nilai Murni
Penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid dalam bilik darjah sangat penting. Ia perlu dilaksanakan dan diamalkan sepanjang masa. Perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan komuniti bilik darjah terdiri daripada berbagai etnik, sosiobudaya, tingkah laku, emosi, dan gaya pembelajaran. Perbezaan-perbezaan ini menjadi lebih ketara jika terdapat murid-murid berkeperluan khas dalam bilik darjah kita. Menurut Kirk & Kirk ( 1994 ), murid berkeperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental ( kognitif ), fizikal ( keupayaan otot-otot dan sendi ), sosial ( interaksi dan komunikasi interpersonal ) dan emosi ( keupayaan menangani perasaan ).
Menurut Woolfolk ( 1990 ), motovasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal tingkah laku murid. Tugas guru bukan hanya menyampaikan isi pengajaran semata-mata. Banyak elemen lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi motivasi dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid. Guru boleh memberi pujian kepada murid-murid yang melakukan sebarang perkara positif walaupun kecil, dalam masa yang sama elakkan guru menggunakan kata-kata negatif terhadap murid kerana ia boleh membunuh semangat dan keinginan untuk belajar.
Guru perlu menggalakkan murid bekerjasama dan saling hormat-menghormati sesama mereka walaupun murid mungkin terdiri dari pelbagai etnik. Murid perlu saling tolong-menolong, kasih sayang di mana murid pandai membantu murid yang kurang pandai dan sama-sama belajar dalam suasana tenang dan gembira. Hal ini akan mewujudkan suatu suasana bilik darjah yang kondusif dan membangkitkan semangat untuk belajar seterusnya murid tidak akan merasai dan sedar akan perbezaan yang wujud pada awal tadi.
4.4 Menetapkan Disiplin Bilik Darjah.
Menyedari hakikat bahawa sesebuah bilik darjah perlu mempunyai disiplinnya tersendiri, maka saya sebagai guru darjah mengambil inisiatif menggubal suatu disiplin bilik darjah yang afektif. Ini sekaligus dapat membantu sesebuah bilik darjah yang kondusif kekal berada dalam suasana yang menyenangkan. Brophy ( 1996 ), menegaskan guru-guru yang menjalankan aspek-aspek pengurusan bilik darjah dengan berkesan akan mengenalpasti dan mengelak konflik-konflik dan akan memastikan atau mengelak pertembungan atau gangguan dengan signifikan. Namun murid akan tetap membawa masalah ke kelas, dan guru-guru yang berkesan pengurusannya sekalipun akan menghadapi atau berdepan dengan sikap yang tidak menyenangkan yang memerlukan perhatian.
Oleh itu saya telah merangka suatu strategi disiplin bilik darjah bagi menangani masalah sedemikian dan ia telah diputuskan bersama murid bahawa apa yang diperincikan dalam penggubalan disiplin bilik darjah ini mesti dipatuhi. Antara peraturan-peraturan yang ditetapkan ialah :
4.4.1 Melantik ketua bagi setiap unit, bahagian atau sudut yang diwujudkan dalam bilik darjah. Contoh, sudut bacaan, sudut peralatan pembelajaran, keceriaan kelas, unit perabut, unit kebersihan, unit kawalan kelas, dan lain-lain. Setiap ketua bertanggungjawab memastikan unit, bahagian atau sudut masing-masing berada dalam keadaan baik dan terkawal. Ketua-ketua ini pula akan sentiasa bertukar agar semua murid berasa bertanggungjawab terhadap kelas mereka.
4.4.2 Mengamalkan budaya pengucapan bertatasusila samada dengan guru atau sesama mereka. Penggunaan kata-kata bertatasusila ini ketika guru masuk atau keluar kelas, murid hendak keluar kelas atas sebab tertentu atau ketika minta pertolongan. Contoh, ‘selamat pagi’, ‘Assalamualaikum’, ‘sila masuk’, ‘maafkan saya’, dan sebagainya.
4.4.3 Mewujudkan slogan, cogan kata, dan kata-kata hikmat yang boleh mendorong murid mendisiplinkan diri. Contoh, ‘JANGAN BISING’, ‘MARI MEMBACA’, ‘HORMATI RAKAN ANDA’, dan sebagainya. Kata-kata ini boleh ditampal atau gantung di tempat-tempat yang difikirkan sesuai.
4.4.4 Menentukan kaedah tertentu bagi murid yang ingin keluar dari kelas semasa waktu pembelajaran seperti menggunakan pas atau kad khas yang akan dibawa sepanjang berada di luar bilik darjah.
4.4.5 Membina jadual bertugas untuk memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan ceria. Pemantauan sepanjang masa dilakukan oleh guru-guru yang terlibat dengan kelas berkenaan. Segera ambil tindakan sewajarnya jika didapati keceriaan kelas tidak memuaskan.
Proses mendisiplinkan murid dalam bilik darjah memerlukan usaha bersama dengan guru-guru lain. Ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak kerana guru kelas tidak berada dalam kelas sepanjang masa. Oleh itu sama-samalah kita berganding bahu mencapai matlamat untuk membentuk murid-murid yang produktif.
4.5 Membentuk Pengajaran Bestari
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama atau ‘core-business’ dalam profesion perguruan. Tidak ada makna segala tindakan untuk menjadikan iklim dan budaya sekolah serta bilik darjah yang kondusif sekiranya tugas perguruan sebenar diabaikan. Oleh yang demikian, seseorang guru mesti melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin dan bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu memngira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya ( Shuib & Johari, 2001 ).
Saya boleh menjadikan pengajaran lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui ‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah bestari itu. Semua perancangan pengajaran dan pembelajaran saya akan tercapai dengan dibantu oleh suasana bilik darjah kondusif seperti yang dihuraikan sebelum ini.
Crow & Crow ( 1983 ), melihat pembelajaran ialah satu proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantuan mengajar yang digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan minat dan kegiatan belajar.
Saya melihat pandangan Crow & Crow ini dari perspektif kaedah pengajaran dan pembelajaran guru yang perlu aplikasikan bagi merangsang pembelajaran murid dan mempelbagaikan pengalaman murid. Sesuai dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini, maka wajar para guru memengeksploitasi teknologi terkini dalam bilik darjah.
5.0 KESIMPULAN
Sebagai rumusan, dapat dikatakan bahawa proses mewujudkan iklim dan budaya sekolah merupakan elemen penting dalam pembinaan bilik darjah yang kondusif. Kedua-dua item ini saling melengkapi dan memberi impak yang besar terhadap kualiti pembelajaran murid. Iklim dan budaya yang menarik akan melahirkan suasana yang tenang dan harmoni di kalangan ahli yang berada di dalamnya. Para guru dapat menjalankan tugasnya dengan baik manakala murid pula sentiasa berada dalam suasana belajar walau di mana mereka pergi dalam kawasan sekolah. Pembinaan hubungan mesra samada guru dengan guru atau guru dengan murid juga merupakan intipati dalam pembentukan iklim dan budaya positif di sesebuah sekolah. Watkins, C. & Wegner, P. ( 2000 ), menegaskan bahawa kolaborasi dalam kalangan guru juga dikaitkan dengan hubungan positif dalam kalangan murid.
Sekolah juga perlu mengambil berat tentang prasarana yang diperlukan bagi murid-muridnya. Hal ini bukan sahaja merujuk kepada kecantikan taman atau kolah air terjun. Pengambilan murid yang ramai menyebabkan bilik darjah menjadi sesak mengakibatkan keadaan menjadi panas, pencahayaan yang tidak mencukupi, kebisingan bilik darjah menjadikan murid gelisah, kemudahan asas seperti tandas tidak sempurna, kantin yang kecil, kerusi meja tidak mencukupi, dan sebagainya.
Fenomena ini merupakan kekangan utama yang akan membantutkan proses pembinaan iklim dan budaya sekolah serta gagal menghasilkan yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Monday, May 24, 2010
Sunday, May 23, 2010
MODUL 4: PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Modul 4A Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
JUMLAH JAM: 2 JAM (BERSEMUKA)
1 JAM (TUGASAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI)
1. SINOPSIS
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di institusi pengajian tinggi. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan kriteria.
2. HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i. Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan;
ii. Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran;
iii. Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta penilaian alternatif;
iv. Membezakan penilaian berasaskan norma dan kriteria.
3. PEMBAHAGIAN TOPIK DAN MASA
Topik Jam
1. Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
2. Ciri Utama Ujian
3. Jenis-Jenis Penilaian
4. Ujian Rujukan Norma dan Kriteria
2 JAM
Jumlah 2 JAM
4. PENILAIAN
Ujian bertulis 100%
Ujian bertulis mengenai konsep-konsep yang terkandung dalam modul.
5. RUJUKAN
Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.
Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement:
Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur:
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan
makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah dan
makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan
Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
HURAIAN KANDUNGAN
1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada pensyarah ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmal sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang pensyarah biasanya merangka objektif dan kandungan kursus yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran kursus berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif kursus yang dirancang dan kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
1.1 Pengertian Penilaian
Apakah itu penilaian pendidikan? Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai.
Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian
Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya.
Aktiviti 1
a. Cuba fikirkan apakah matlamat pensyarah mengajar sesuatu kursus di bilik kuliah dan makmal.
b. Apakah peranan penilaian dalam memastikan bahawa matlamat pengajarannya dicapai?
c. Apakah aspek-aspek penilaian yang perlu diperhatikan oleh pensyarah bagi memastikan matlamat pengajarannya dicapai?
d. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pensyarah bagi memastikan matlamat pengajarannya tercapai?
e. Senaraikan risiko yang berkait dengan keputusan pensyarah untuk membuat keputusan sama ada pengajarannya berkesan atau tidak berkesan.
1.2 Pengertian Pentaksiran dan Pengukuran
Kesahan bukti empirikal yang digunakan bagi penilaian sangat bergantung kepada sejauh mana pensyarah berupaya mengkuantifikasikan dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan sebagai asas penilaian. Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian.
Aktiviti 2
a. Cuba fikirkan yang mana lebih berkesan: meyakinkan seseorang dengan pendapat atau dengan angka? Berikan alasan mengapa anda berfikiran sedemikian?
b. Perkembangan sains selalu dikaitkan dengan angka. Cuba fikirkan bagaimanakah pengukuran membantu membangunkan bidang sains.
c. Sejauh mana kebenaran kata-kata Edward Thorndike (1914): “Jika sesuatu perkara itu wujud, ia wujud pada jumlah tertentu. Jika ia wujud pada jumlah tertentu, maka kita boleh mengukurnya”.
1.3 Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.
Aktiviti 3
a. Cuba fikirkan apakah cara lain untuk mendapatkan bukti penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus selain daripada pengujian?
b. Senaraikan apakah ciri-ciri ujian sebagai alat ukur yang sahih?
c. Fikirkan bagaimanakah ujian yang baik boleh dibina?
d. Terangkan bagaimanakah pengujian boleh dilaksanakan dengan berkesan?
1.4 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran
Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran di universiti. Penilaian di bilik kuliah dan makmal boleh membantu para pensyarah menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.
Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran pensyarah berkesan. Sekiranya berkesan, pensyarah akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, pensyarah boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran pensyarah boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.
Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Pensyarah boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.
Dengan adanya maklumat gred, pensyarah dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di universiti.
Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu kursus sains mungkin dipilih untuk mewakili fakulti atau universiti. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu. Malah, keputusan ujian di universiti digunapakai oleh bakal majikan sebagai kriteria pemilihan dan penempatan graduan ke dalam pekerjaan yang sesuai.
Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para pensyarah dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para pensyarah dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati apabila pelajar bergraduat.
Aktiviti 4
a. Cuba fikirkan adakah cara lain kita boleh mengesan kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal selain daripada pengujian?
b. Bandingkan sejauh manakah pengujian mencapai matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan matlamat pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan?
c. Keputusan ujian dan peperiksaan sering menjadi isu sensitif di kalangan ibu bapa dan masyarakat. Pada pendapat anda mengapakah keputusan ujian dan peperiksaan menjadi isu sensitif?
2 Ciri Utama Ujian
Bagi memastikan sesuatu ujian mengumpul bukti dengan berkesan, ujian berkenaan mestilah sah, boleh dipercayai, objektif, boleh ditadbir dan mudah ditafsir.
2.1 Kesahan Ujian
Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika pensyarah memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan berkaitan kriteria.
Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan merujuk sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian perlu merupakan sampel ‘representative’ kandungan bidang yang ingin diukur. Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, pensyarah perlu menakrifkan kurikulum dan isi pelajaran kursus yang diajar.
Kandungan kursus biasanya luas. Oleh itu, pensyarah boleh menggunakan teknik persampelan kandungan bagi mewakili kandungan kursus. Pensyarah boleh merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi menggambarkan kadar tingkah laku yang perlu diuji bagi mewakili kandungan kursus. Pendapat pakar, misalnya profesor dalam bidang berkaitan boleh digunakan bagi memastikan ujian yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi.
Kesahan Gagasan
Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiap gagasan pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu gagasan dengan tepat.
Oleh kerana gagasan tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya juga tidak dapat dilakukan secara langsung. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri atau kesan yang dapat dicerap daripada sesuatu gagasan. Misalnya, gagasan penguasaan pelajar dalam kursus Bahasa Inggeris. Pensyarah boleh mencerap kesan gagasan penguasaan pelajar tersebut yang ditunjukkan oleh ciri-ciri seperti bilangan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris yang dikuasai, kebolehan pelajar membina ayat mudah dalam Bahasa Inggeris dan kebolehan pelajar membincangkan sesuatu isu dalam Bahasa Inggeris Oleh itu, gagasan boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciri-ciri yang terhasil dari kewujudannya. Dengan itu, kesahan gagasan bagi ujian penguasaan Bahasa Inggeris boleh ditentukan dengan menghitung pertalian antara skor ujian itu dengan pencapaian dalam ujian perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dan pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris.
Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria
Kesahan berkaitan dengan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali. Kesahan berkaitan dengan kriteria mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut menunjukkan kesahan berkaitan dengan kriteria.
Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan. Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut. Kriteria jangkaan ialah kriteria yang ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut. Sebagai contoh, ujian Matematik di universiti dikatakan mempunyai kesahan serentak yang tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut konsisten dengan pencapaian cemerlang dalam satu lagi ujian Matematik lain yang menguji kemahiran Matematik yang sama, yang ditadbirkan serentak. Ujian tersebut juga dikatakan mempunyai kriteria jangkaan yang tinggi sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian konsisten dengan prestasi dalam Matematik sepanjang karier selepas pelajar bergraduat nanti.
Aktiviti 5
Senaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik kursus yang anda minati. Jelaskan apakah konsep dan gagasan yang ingin diukur bagi setiap objektif pengajaran yang anda nyatakan. Bagaimanakah anda boleh memastikan bahawa soalan ujian anda mempunyai kesahan kandungan, gagasan dan kriteria yang tinggi?
2.2 Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.
Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.
Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang.
Indeks Kebolehpercayaan
Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk setara dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila pensyarah memperoleh dua set skor dari jawapan pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai.
Mempertingkatkan Kebolehpercayaan
Berikut adalah cara bagaimana pensyarah boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina.
a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.
b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
c. Soalan hendaklah seragam (homogen).
d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.
Aktiviti 6
Anda membina 60 soalan objektif berdasarkan objektif pengajaran dan kandungan yang anda ajar dan mengasingkan gerak balas pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dengan soalan bernombor genap. Apakah kesan pembahagian bilangan gerak balas pelajar terhadap aspek kebolehpercayaan ujian?
2.3 Keobjektifan Ujian
Keobjektifan ujian berkait dengan sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi. Sebab itu, soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi.
Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi, skema penskoran perlu disediakan. Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian ditadbirkan kepada pelajar. Seboleh mungkin skema penskoran disemak oleh beberapa pensyarah yang pakar dalam bidang yang diuji. Selain mengelak dari dipengaruhi oleh jawapan pelajar, penyediaan skema jawapan sebelum pentadbiran ujian boleh mengesan kelemahan-kelemahan yang mungkin berlaku pada soalan supaya langkah pembetulan dapat dilakukan. Penyelarasan semakan perskoran antara pemeriksa juga perlu dibuat bagi memastikan proses penskoran mempunyai keobjektifan yang tinggi.
Aktiviti 7
Bina satu set 5 soalan subjektif bagi menguji satu topik kursus yang anda minati. Sediakan skema jawapan dan penskoran bagi setiap soalan yang anda bina.
2.4 Kebolehtadbiran
Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.
Berikut adalah panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna.
- Arahan terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas dan ringkas.
- Soalan mestilah disusun dari mudah kepada sukar.
- Pensyarah perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab.
- Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan diperuntukan 45 saat untuk pelajar menjawab.
- Dewan di mana ujian dijalankan haruslah selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat pendingin udara.
- Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja.
- Sekiranya tersangat perlu, pemberitahuan tersebut mestilah ringkas, jelas dan difahami oleh semua pelajar.
- Masa perlu ditambah bagi mengganti masa ganguan yang berlaku.
Aktiviti 8
Berdasarkan pengalaman anda mengambil ujian, jelaskan apakah perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran ujian yang anda tidak sukai? Bagi setiap perkara yang anda senaraikan, bagaimanakah pentadbir ujian boleh memperbaikinya?
2.5 Kemudahtafsiran
Penilaian pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah dan makmal memerlukan skor ujian sebagai asas untuk membuat keputusan. Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap. Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir.
Penskoran Ujian
Pemberatan markah dan kaedah yang digunakan bagi penskoran jawapan sesuatu soalan perlu diberitahu kepada pelajar terlebih dahulu. Maklumat penskoran boleh disertakan pada arahan menjawab setiap soalan. Maklumat ini sangat perlu supaya pelajar dapat menjawab dengan tepat sebagaimana yang diharapkan oleh pembina dan pemeriksa ujian.
Kriteria penskoran jawapan dipilih biasanya telah ditentukan dan diketahui oleh pelajar semasa mereka menduduki ujian. Misalnya, sekiranya terdapat 50 soalan aneka pilihan dan jumlah markah yang diperuntukkan ialah 100, maka setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 2 markah.
Penskoran jawapan dibina terutamanya yang memerlukan jawapan panjang tidak terhad lebih mencabar. Seringkali, pemeriksa sukar untuk mengelakkan diri daripada melakukan penskoran subjektif terhadap jawapan dibina. Sebab itu soalan esei biasanya dikenali sebagai ujian subjektif. Pemeriksa boleh mengurangkan kepincangan penskoran dengan memeriksa satu soalan bagi semua pelajar, sebelum berpindah kepada soalan berikutnya. Pemeriksa perlu mengelakkan diri dari mengenali identiti pelajar seperti nama dan nombor matrik pelajar. Pemeriksa sebagai ahli profesional perlu sentiasa ingat bahawa penskoran perlu dilakukan dengan bijaksana dan amanah. Kepincangan penskoran disebabkan kelemahan pemeriksa akan mendatangkan kesan yang serius kepada masa depan pelajar, masyarakat dan negara.
Penilaian jawapan dibina haruslah berasaskan kepada kriteria berikut:
a. Kandungan. Adakah pelajar mengemukakan semua isi atau kandungan bagi sesuatu soalan pokok?
b. Susunan atau organisasi. Adakah susunan atau organisasi jawapan teratur, kemas dan logik?
c. Proses. Adakah proses penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dilakukan dengan teratur dan sistematik?
d. Ketepatan dan kemunasabahan. Adakah isi jawapan tepat dan munasabah?
e. Keaslian dan kreativiti. Adakah jawapan yang diberi asli berasaskan kepada kreativiti pelajar sendiri?
f. Kesempurnaan dan ketekalan dalaman. Adakah isi jawapan yang dibentangkan sempurna dan mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi?
Pentafsiran Skor Ujian
Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali pensyarah berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 60 yang diperoleh oleh seseorang pelajar dalam ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di universiti dicapai. Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.
Justeru itu, skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set skor. Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain.
Aktiviti 9
Bina satu soalan esei bagi menguji sejauh mana pelajar menguasai isi pelajaran yang anda ajar. Sediakan satu set skema jawapan bagi soalan berkenaan beserta dengan pemberatan markahnya.
3 Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
3.1 Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di universiti.
Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
3.2 Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan graduan ke alam pekerjaan.
Aktiviti 10
Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif?
3.3 Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, pensyarah dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.
Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.
Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian.
3.4 Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional. Penilaian pengajaran di universiti sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar. Sebagai contoh, pensyarah boleh menilai keberkesanan pengajarannya dalam sesuatu kursus melalui portfolio yang disediakan oleh pelajar. Penilaian alternatif ini memerlukan pengetahuan dan kemahiran khusus dan tidak dibincangkan dalam modul ini.
Aktiviti 11
Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, dan ujian alternatif.
4 Ujian Rujukan Norma dan Kriteria
Selain berasaskan tujuan dan masa pelaksanaan, ujian juga boleh dikategorikan berasaskan kegunaan hasil ujian iaitu rujukan norma dan kriteria.
4.1 Ujian Rujukan Norma
Rujukan berasaskan norma digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi pencapaian individu pelajar dengan prestasi pencapaian pelajar lain sama ada dalam kumpulan yang sama atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas atau kumpulan. Apa yang ditekankan adalah apakah pelajar A lebih mahir dari pelajar B? Keputusan rujukan norma sesuai digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke dalam sesuatu program pendidikan.
Ujian rujukan norma tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Soalan ujian rujukan norma biasanya bersifat umum dengan matlamat untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara seorang pelajar dengan pelajar lain. Soalan ujian rujukan norma mengambil berat aspek kesukaran ujian agar soalan-soalan mempunyai kepelbagaian aras kesukaran serta tidak terlalu sukar dan terlalu mudah dengan jangkaan jawapan betul 50 peratus. Soalan ujian rujukan norma juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah yang tinggi. Dalam pelaporannya, ujian rujukan norma kadang-kadang menggunakan kelok normal sebagai asas perbandingan pencapaian antara pelajar.
4.2 Ujian Berasaskan Kriteria
Rujukan kriteria pula digunakan sekiranya pensyarah ingin membandingkan prestasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. Ujian rujukan kriteria memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Ujian rujukan kriteria tidak mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain.
Meskipun ujian rujukan kriteria sesuai untuk kursus berbentuk kumulatif iaitu pelajar perlu menguasai setiap unit sebelum unit berikutnya, kriteria yang digunakan dalam ujian rujukan ini tidak semestinya berbentuk akhiran atau sumatif. Maksudnya kriteria yang digunakan tidak semestinya isi sesuatu kursus yang hanya diperoleh pada akhir kursus. Para pensyarah boleh menggunakan kriteria berbentuk formatif iaitu ciri-ciri setiap unit pelajaran. Justeru itu, para pensyarah perlu membina banyak ujian rujukan kriteria bagi membuat penilaian sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu kemahiran yang diuji. Soalan-soalan ujian rujukan kriteria perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran.
Rajah berikut menjelaskan perbandingan antara ciri-ciri rujukan norma dengan ciri-ciri rujukan kriteria.
Dimensi Ciri Rujukan Norma Rujukan Kriteria
1. Matlamat Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain Membandingkan prestasi seorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan.
2. Pembinaan Soalan Soalan menggalakkan kepelbagaian. Soalan menggunakan pengacau terbaik Soalan memberi tumpuan kepada kriteria tingkah laku yang diuji. Menumpukan kepada pengenalpastian tingkah laku.
3. Kandungan Ujian Cetek, kebiasaannya 1 atau 2 soalan setiap objektif Mendalam, banyak soalan bagi setiap objektif.
4. Kepelbagaian Kandungan Semakin pelbagai soalan ujian semakin baik Kepelbagaian soalan ujian adalah minimum.
5. Pelaporan dan Pentafsiran Persentil dan skor piawai Bilangan lulus atau gagal serta julat prestasi yang boleh diterima.
Berikut diberikan contoh soalan ujian bagi rujukan norma (Contoh 1) dengan soalan rujukan kriteria (Contoh 2). Adakah anda berupaya untuk membezakannya?
Contoh 1:
Semasa Perang Iraq yang dilakukan oleh Amerika Syarikat pada tahun 2004, senjata berikut yang mana paling banyak digunakan oleh Amerika Syarikat?
A. Senjata Biologi
B. Senjata Nuklear
C. Missile Scud
D. Pengebuman udara
Contoh 2:
Semasa Perang Iraq yang dilakukan oleh Amerika Syarikat pada tahun 2004, senjata berikut lebih banyak mendatangkan kemusnahan berbanding dengan senjata yang lain.
A. F14 Tomcat
B. F16 Hornet
C. A6 Intruder
D. A10 Thunderbolt
Aktiviti 12
Jelaskan mengapa Contoh 1 dikatakan lebih mirip kepada soalan ujian norma berbanding dengan Contoh 2 yang dikatakan lebih mirip kepada soalan ujian rujukan kriteria?

TAKSONOMI DAN DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )
Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
Jadual Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
Aras Pengetahuan
Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :
1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.
Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.
Aras Kefahaman
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:
Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.
Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.
Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.
Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.
Aras Aplikasi
Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.
Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.
Aras Analisis
Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.
Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.
Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.
Aras Sintesis
Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.
Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.
Aras Penilaian
Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.
DOMAIN KRATHWOHL
Jadual Domain Krathwohl
Penerimaan
Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.
Gerakbalas
Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.
Penilaian
Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.
Jenis penilaian
1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.
Organisasi
Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.
Perwatakan
Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

KONSEP, CIRI-CIRI, JENIS DAN KAEDAH PENTAKSIRAN
PENGENALAN
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.
DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN
Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran
Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
DEFINISI PENILAIAN
Penilaian boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ;
“The process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”
Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.
Jadi dapat disimpulkan bahawa penilaian merupakan satu proses mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.
DEFINISI PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.
Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.
Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.
DEFINISI PENGUJIAN
Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.
Rumusannya, pengujian merupakan satu atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sempel tingkah laku. Hal ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan dengan prestasi individu lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.
PERKAITAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN
KONSEP PENTAKSIRAN
TUJUAN PENTAKSIRAN
o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
o Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
o Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
o Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
o Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
CIRI - CIRI PENTAKSIRAN
Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
i) Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
iv) Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
KAEDAH PENTAKSIRAN
Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui;-
i) Pemerhatian
ii) Lisan dan
iii) Penulisan
Pemerhati:
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.
Lisan :
Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya.
Penulisan:
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.
KESIMPULAN
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Definisi
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi; paksi “Kandungan”(menegak) dan paksi “Aras Kemahiran”(melintang)
Maklumat Dalam JSU
JSU mempunyai maklumat seperti berikut;
Kandungan ujian yang berupa topic-topik pelajaran
Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain
Bilangan item mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.
Langkah-langkah Membina JSU
1. Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Tentukan soalan yang akan dibina. Pembinaan soalan yang baik mestilah berasaskan pertimbangan berikut;
Tujuan ujian diadakan
Masa yang diperuntukkan untuk ujian itu
Umur pelajar
Bilangan pelajar yang diuji
3. Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksanomi objektif pendidkan Bloom
3 Domain - kognitif - aktiviti mental
- Afektif - menitikberatkan sikap, emosi dan perasaan
- Psikomotor - aktiviti fizikal
4. Apakah jenis ujian akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Ujian esei
Dan lain-lain
KAEDAH MEMBINA SOALAN OBJEKTIF
Jadual 1: Contoh Tajuk-tajuk Pengajaran Mengikut masa Belajar
Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa Belajar
1.1 Tatabahasa
32 jam
Penggolongan kata
Penanda wacana
Penjodoh bilangan
Imbuhan
1.2 Peribahasa
6 jam
Simpulan Bahasa
Perumpamaan
1.3 Membaca dan Memahami
12 jam
Menjawab 6 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Pancang petikan lebih kurang 150 perkataan
Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di atas
Jumlah 50 jam
Jadual 2: Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik
Bil Bidang/Topik/Topik Kecil Masa
Belajar Anggaran Jumlah Item Jumlah Item
1.1 Tatabahasa
32 jam
32 X 26
50
17
Penggolongan kata
Penanda wacana
Penjodoh bilangan
Imbuhan
1.2 Peribahasa
6 jam
6 X 26
50
3

12 X 26
50
6

JUMLAH 50 26
Jadual 3 : Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran Kognitif
Bidang/Topik/Topik kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah
Item
1.1 Tatabahasa
32
1
1
2
1
1
1
1
1
1
1
2
1
1
1
1
17
Kata pinjaman
Kata ganti nama diri
Kata kerja transitif
Kata sifat
Kata ganda
Kata seru
Kata kerja terbitan
Kata sendi nama
Kata seerti
Kata antonim
Imbuhan apitan
Imbuhan awalan
Penanda wacana
Penjodoh bilangan
1.2 Peribahasa
6
1
3
Simpulan Bahasa
Perumpamaan 2
1.3 Membaca dan Memahami
12
4
1
1
6
Menjawab 6 soalan berdasarkan petikan yang dibaca.
Memberi erti perkataan berdasarkan petikan yang dibaca
JUMLAH 50 26
Contoh Soalan:
Soalan 1 hingga 10
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1. _____________________itu sedang diberi taklimat oleh pihak pengurusan MAS sebelum penerbangan berlepas ke New York. (Aras 1)
A. Pramugari
B. Peragawati
C. Peragawan
2. “Ampunkan______________________tuanku,sebagai______________patik sedia menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang patik lakukan,sembah Pak Malau”. ( Aras 1)
A. patik……………………………..tuanku
B. patik……………………………..hamba
C. tuanku…………………………..patik
D. tuanku………………………….hamba
3. Fatimah sedang asyik_________________kain yang baru diangkatnya dari jemuran. ( Aras 2)
A. menjemur
B. Melipat
C. membelek
4. Memupuk kesedaran dikalangan pelajar tentang gejala sosial yang kian menular adalah_____________________bagi membendung dari terus berleluasa. (Aras 3)
A. terlalu amat indah
B. amat penting sekali
C. sangat berguna amat
5. Cikgu Zamani sedang asyik______________________sajak sempena sambutan Hari Ibu yang diadakan disekolahnya. (Aras 1)
A. penyampaian
B. mendeklamasikan
C. menyanyikan
6. Pesawah biasanya meletakkan______________________di tengah bendang bagi menghalau burung yang datang memakan padi. (Aras 1)
A. kayu-kayuan
B. patung-patung
C. orang-orangan
7. Pilih ayat seruan yang betul. (Aras 4)
A. Aduh, besarnya rumah kamu yang baru siap di tepi sungai tu !
B. Wah, sakitnya kaki aku terpijak duri petang tadi !
C. Cis, malang betul nasib aku !
D. Nah,terimalah balasan di atas perbuatan yang kamu lakukan !
8. Murid-murid perempuan Sekolah Sri Intan yang mengikuti lawatan sambil belajar akan di bawa melawat ke____________________tempat di negeri Kelantan minggu depan. (Aras 1)
A. beberapa
B. seluruh
C. segelintir
D. segenap
9. Ramlah menulis surat________________majikannya __________memaklumkan bahawa dia akan bercuti selama empat hari untuk melawat neneknya yang sakit di kampung. (Aras 1)
A. demi…………………………kepada
B. kepada………………………untuk
C. agar………………………….pada
D. untuk…………………… ……daripada
10. …………………………..dia miskin,………………………..dia kaya dengan budi bahasa dan sopan santun serta menghormati orang ledih tua daripadanya. (Aras 1)
A. Walhal………………………kemudian
B. Bagaimanapun…………… sementara
C. Walaupun ………………….tetapi
11. Pelbagai pihak ……………………… bantuan untuk mangsa banjir di kawasan
Pedalaman. (Aras 2)
A. memberikan
B. menyalurkan
C. menghulurkan
D. mengagihkan
12. Ibu membeli beberapa ………………………. Majalah Keluarga untuk dibaca ketika masa lapang. (Aras 1)
A. buah
B. naskhah
C. naskah
D. lembar
13. Kehidupan Datuk Naning menjadi semakin ……………….. setelah dia diisytiharkan muflis. (Aras 2)
A. daif
B. papa
C. dangkal
D. miskin
14. Penderitaan hidup keluarga Mak Limah ibarat ……………………. itu telah mendapat perhatian wakil rakyat (Aras 2)
A. ikan di laut asam di darat
B. berpantang mati sebelum ajal
C. hidup segan mati tak mahu
D. kais pagi makam pagi,kais petang makan petang
15. Budin bersantai di tepi pantai untuk ………………………….. setelah seminggu penat bekerja. (Aras 2)
A. mengambil angin
B. melepaskan lelah
C. melegakan nafas
D. merehatkan minda
16. Amalan …………………………..sesama tetangga amat penting untuk memupuk semangat kejiranan. (Aras 1)
A. tegur-menegur
B. bertegur sapa
C. tegur-meneguri
D. bertegur-tegur
17. Perangai Hamid yang …………………………………….. telah menyebabkan dia dipinggirkan oleh kawan-kawannya. (Aras 2)
A. ibarat tikus membaiki labu
B. umpama abu di atas tunggul
C. seperti kera mendapat bunga
D. bagai telor dihujung tanduk
18. Kak Su ………………………. dedaun kering yang bertaburan itu sebelum membakarnya. (Aras 2)
A. tersapu
B. bersapu
C. menyapu
D. penyapu
19. Tidak baik menengking ibu bapa dan orang tua. Perkataan seerti bagi menengking ialah (Aras 1)
A. menjerit
B. meraung
C. melolong
D. mengherdik
20. Kuih yang berbentuk bulat itu dijual dengan harga 50 sen sebiji. Perkataan berlawanan bagi perkataan bulat ialah (Aras 1)
A. pipih
B. panjang
C. empat segi
D. lonjong
Soalan 21 hingga 26
Baca petikan di bawah dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberi.
16, Jalan Kelicap 2/12,
Taman Kelicap Emas,
46800 Selayang ,
Selangor.
15 Mei 2009.
Menemui nenda yang kini berada di Bukit Selambau, semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya.
Nenda,
Ketika cucunda menulis surat ini, cucunda dan keluarga yang lain berada dalam keadaan sihat. Cuma bonda sahaja yang kurang sihat kerana demam selsema.
Bagaimana keadaan kampung sekarang? Tentunya buah durian sudah gugur, buah rambutan sudah kemerah-merahan, dan banyak lagi buah lain yang sudah masak dan boleh dipetik. Tidak sabar rasanya cucunda menjamah buah-buahan tempatan hasil titik peluh nenda dan arwah datuk.
Untuk pengetahuan nenda, cuti pertengahan tahun tinggal dua minggu lagi. Ayahanda dan bonda berjanji akan mengambil cuti selama seminggu untuk bersama-sama nenda. Kebetulan pula pada masa ini musim buah-buahan. Nampaknya kami betul-betul langkah kanan.
Bagaimanakah nenda menjalani kerja sehari-harian? Nenda ada mengatakan bahawa nenda tidak suka duduk di rumah kerana nenda berasa bosan. Walau bagaimanapun nenda janganlah bekerja secara berlebihan. Cucunda bimbang akan kesihatan nenda. Jika rumput di halaman rumah sudah panjang, upahlah orang untuk memotong dan membersihkannya.
Oh, ya! Sebelum terlupa, ayahanda ada berpesan agar nenda tidak bersusah payah menyediakan pelbagai juadah seperti yang nenda lakukan sebelum ini. Bonda kan menyediakan makanan kampung itu bersama-sama nenda nanti. Tambahan pula, kakanda Anita ingin belajar memasak lauk-pauk kampung daripada nenda. Nenda tidak perlulah risau dan kami berharap agar nenda dapat. Kesejahteraan nenda amat besar ertinya kepada kami.
Sampai di sini sahaja yang dapat cucunda coretkan kepada nenda. Semoga kita bertemu lagi pada masa lain. Akhir sekali, sambutlah salam manis dan rindu buat nenda daripada cucunda dan keluarga di sini.
Cucundamu,
Mazlan
21. Di manakah Mazlan berada sekarang? (Aras 1)
A Di Bukit Selambau
B Di Taman Kelicap Emas
C Di rumah neneknya
D Di Selayang
22. Bilakah Mazlan menulis surat itu kepada neneknya ? (Aras 1)
A Pada 15 Mei 2009
B Pada 15 Mac 2009
C Semasa dalam cuti persekolahan.
D Selepas cuti persekolahan
23. Tujuan utama Mazlan menulis surat kepada neneknya adalah untuk (Aras 1)
A memaklumkan masalah kesihatan ibunya
B memaklumkan kepulangannya ke kampung
C menasihati neneknya supaya menjaga kesihatan
D menyatakan hasrat untuk menikmati buah-buahan tempatan
24. Mazlan menasihati neneknya agar tidak bekerja secara berlebihan kerana (Aras 1)
A bimbang kesihatan neneknya terganggu
B ada orang yang akan membantu neneknya memotong rumput
C bimbang neneknya akan cepat berasa bosan
D bimbang neneknya tidak suka duduk di rumah
25. Pernyataan berikut benar tentang petikan, kecuali (Aras 1)
A datuk Mazlan telah meninggal dunia
B Mazlan dan keluarga akan bercuti di rumah neneknya selama 7 hari
C kakak Mazlan ingin belajar memasak lauk-pauk kampung daripada nenek
D nenek Mazlan akan sakit jika tidak membuat sebarang kerja
26. Perkataan juadah dalam petikan bermaksud ? (Aras 2)
A nasi
B lauk-pauk
C kuih-muih
D minuman
KAEDAH MEMBINA SOALAN SUBJEKTIF

1.1 Bahagian A
16 jam
Membina lima ayat lengkap
1.2 Bahagian B
18 jam
Karangan tidak berformat
Karangan berformat khas
1.3 Nilai murni
16 jam
Mencari nilai murni dalam petikan yang diberi. Kemudian murid-murid dikehendaki membuat ulasan dalam satu perenggan. Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan

16 X 6
50
2
Membina lima ayat lengkap
1.2 Bahagian B
17 jam
17 X 6

16
2
Membina ayat lengkap
• Gambar 1
• Gambar 2
1.2 Bahagian B
17
1
2 2
Karangan Cerita
Karangan fakta
1.3 Bahagian C
17
4
1
1 2
Petikan 1
Petikan 2
JUMLAH 50

Subscribe to:
Posts (Atom)