mofa1190.blogspot.com
Salam Untuk mu 1 Malaysia
Saturday, January 19, 2013
Friday, December 21, 2012
KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
DALAM BAHASA MELAYU
Pengenalan
Kesusasteraan merujuk
kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan
bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya."
Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala
pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk
tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk
kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan
mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan
kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang
indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Kesimpulannya,
kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia adalah ekspresi
diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang
dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Kesusasteraan
Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan merupakan
lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran
Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula
diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu
diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat
menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang
pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan
masyarakat.
Hal
ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti;
i. Pantun
Buku seperti
Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang
diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun
yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran
berfikir analogi melalui pembayang maksud yangmengandungi banyak perlambangan.
ii. Syair
Dewan Bahasa Dan
Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun
Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair
Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak
mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya
kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.
iii.
Perambahan
Perambahan merupakan
versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun, ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei.
Guru-guru boleh mendapatkan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei
dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajar maksud perbandingan
dan kosa kata Melayu Brunei.
iv. Hikayat
Diangdangan
merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat
Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si
Ambok, dan banyak lagi diangdangan
lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.
v. Cerpen
Cerpen merupakan
salah satu bahan kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah
banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran
bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung
Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat
juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau
historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali
lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan
isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar
PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS
Konsep Pendekatan
Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau
langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,2003).
Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan
takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan
masalah atau konflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi.
Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan
takrif pendekatan dalam konteks pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek
pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih
memahami, kita lihat contoh terdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran.
Bagi mencapai objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa
pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt,
situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari
elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah
teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah
yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata
pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.
Kaedah Pengajaran
Kaedah pula lebih menekankan penyusunan
langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan
prinsip dan teori pembelajaran.
Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti
dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses
P&P yang berkesan.
Mangantar Simanjuntak
1982: 72
•
Kaedah berbentuk prosedur yang
terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang
harus dituruti dengan saksama untuk
mencapai tujuan tertentu
Kaedah Struktural
Rajah 1: Kaedah Struktural
Kaedah ini berdasarkan pendapat
analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling
awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan,
struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak
mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan
atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
·
tema
·
persoalan
·
latar
·
plot
·
sudut pandangan
·
watak perwatakan
·
gaya bahasa
·
simbol / lambang
·
bentuk
Perhubungan antara elemen-elemen ini yang
membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang
tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai
buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi
dan pengalaman kerohanian.
Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di
atas.
Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji
unsur estetika, artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek
inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi memahaman
pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara
langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan
akhirnya terhasil karya yang padu.
Ada dua konsep
penganalisisan sastera secara struktural iaitu:
·
Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan
apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.
·
Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada
perhubungan dengan pembaca.
Falsafah disebalik pendapat ini ialah
sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis
secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.
Ciri-Ciri Kaedah Struktural:
Ia
merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema,
plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk keseluruhan
karya. Dalam P&P sastera, pemahaman
terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberikan
perhatian.
Kaedah
ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan menemui
objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan
tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu
elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.
Unsur-unsur
struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan
kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran lebih
banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu
tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada
acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) tidak
dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan
penerangan dan perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat
tinggi sahaja.
Definisi
Kaedah Global
Kaedah global
ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini
mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana
meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak.
Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Ciri-Ciri
Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan
menggunakan kaedah ini :-
•
aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan
kata-kata dalam menyampaikan perasaan.
•
aktiviti spontan dengan apa yang ada dan
dengan suara.
•
aktiviti-aktiviti
lain yang berbentuk lakonan
Pelaksanaan
Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang
diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang
menarik dalam karya sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid
berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
• lakonan berasaskan gambar
• lakonan berasaskan skrip
• lakonan guna topeng
• lakonan guna cerita berlagu
Teknik Pengajaran
Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang
diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu pengajaran yang
ingin disampaikan kepada pelajar.
Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk
perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti
semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif
dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera selalunya
tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini
berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah
guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran
kesusasteraan.
Selain itu, guru tidak berminat
dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak
berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera
itu dipersembahkan.
Oleh yang demikian guru-guru
haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik yang diamalkan sebelum
ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka
menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Teknik pengajaran
dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah seperti berikut;
(a)Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi
GRAFIK PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS SASTERA MELAYU
PENGGUNAAN KAEDAH GLOBAL DAN TEKNIK MONODRAMA DALAM P&P KESUSASTERAAN MELAYU
NOVEL “6:20”
Dalam
pengajaran kesusasteraan, pendekatan diolah dari teori-teori kritikan sastera
yang melihat kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam novel,
“ 6:20 ” oleh Siti Jasmina Ibrahim, saya akan
menggunakan kaedah Global dan Teknik Monodrama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah Global
Kaedah global merupakan kaedah mudah seperti simulasi
khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid
dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan
(permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
Dalam
melaksanakan kaedah ini murid-murid perlu membaca dan menghayati novel
tersebut. Murid-murid juga perlu mencari persoalan yang menarik dalam novel
itu. Kemudian, murid-murid diminta berlakon dengan mengguna skrip yang dibina
dengan mengguna Teknik Monodrama.
Teknik Monodrama.
Monodrama merupakan karya drama yang ditulis untuk seorang pelakon. Ia
merupakan salah satu teknik berbentuk lakonan semula oleh seorang pelakon untuk
melakonkan watak-watak yang dipilih dalam sesebuah novel atau cerpen. Seseorang
pelakon itu perlu menghayati perwatakan watak-watak di dalam novel atau cerpen yang
dipilih oleh guru. Maka, seseorang pelakon itu perlu membaca dan menghayati
sesebuah novel yang dibacanya.
Pelakon perlu berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan
peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. Berdasar lakonan itu, murid
lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain. Oleh itu,
sebelum melakonkan semula watak-watak
yang dipilih, guru dan murid perlu menyediakan skrip terlebih dahulu
untuk dibaca dan dihayati. Hal ini, boleh mendidik murid-murid bertutur dengan
intonasi yang sesuai dengan satu-satu situasi.
Sinopsis Novel “6:20”
Novel 6:20 mengisahkan pelajar universiti yang
berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di daerahnya. Sukma adalah
anak pengerusi persatuan penduduk di
daerah itu. Dia anak tunggal dalam keluarga yang berjaya dan berpendidikan.
Sukma pelajar yang aktif dan bijak di kampusnya. Disenangi oleh rakan-rakannya
seperti Iskandar, Teja, Jerry, Alvin dan Rafik.
Sukma berasa hairan apabila setiap pukul 6:20 pagi
ada sahaja tetamu yang datang ke rumahnya. Apa yang lebih menghairankan
tetamu-tetamu itu hanya muncul dan tidak mahu berbicara dan enggan diajak masuk
ke rumahnya.
Sukma akhirnya mengetahui ada sekumpulan anak muda
berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan kebebasan mutlak. Jerry kawan
baiknya telah menyertai kumpulan ini. Tambah merisaukan Sukma, sejak Jerry
terlibat dengan kumpalan ini, kehidupannya tidak terurus. Sukma dan
rakan-rakannya berusaha untuk merungkaikan
permasalahan ini.
Ruang sepi di kelab WX2 menjadi stesen pertemuan
mengatur agenda. Licik dan sukar dikesan. Ahlinya adalah terdiri daripada
mereka yang terpilih, intelektual dan bijak.
Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu persatu
rahsia disebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai
alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap 6:20 membawa
pertemuan demi pertemuan. Tanpa disedari dan memeranjatkan Sukma mengesyaki
ibunya terlibat dalam kegiatan kumpulan ini.
Prosedur Pelaksanaan
Teknik Monodrama
Dalam melaksanakan prosedur pengajaran dan
pembelajaran ini, guru perlu membuat perancangan dengan teliti agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksana dengan lancar. Pada langkah
pertama, guru perlu membuat set induksi yang menarik dan sesuai dengan apa yang
hendak diajar. Kemudian, guru perlu menentukan beberapa objektif yang
sesuai untuk dicapai pada hari itu.
Seterusnya,
untuk melaksanakan teknik monodrama guru perlu menyuruh murid-murid membaca
karya yang hendak diajar terlebih dahulu (beberapa hari sebelum hari
pengajaran). Contohnya, Novel 6:20. Tujuannya supaya murid-murid memahami dan
menghayati isi kandungan novel tersebut dan mengenali watak-watak yang terdapat
dalam novel tersebut. Contohnya watak Sukma, Iskandar, Teja, Jerry, Alvin dan
Rafik.
Setelah
semua murid membaca, memahami dan menghayati novel tersebut, guru perlu memilih
seorang pelakon untuk melakonkan watak yang terdapat dalam novel tersebut.
Pelakon tersebut mesti memahami dan
menghayati watak-watak yang dipilih.
Sebelum
melakonkan watak tersebut, guru perlu membantu murid-murid menyediakan skrip dan
menghafal skrip tersebut. Tujuannya agar pelakon tersebut dapat meluahkan rasa
hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
Contohnya, dalam Novel 6:20, guru boleh memilih beberapa watak untuk dilakonkan.
Contohnya watak Iskandar dan watak Rafik. Antara contoh dialog yang diungkapkan
oleh Iskandar ialah;
“Kamu
sangat kuat Sukma. Sikap kamu yang bersungguh-sungguh dan peribadimu yang
terpelihara telah menyedarkan saya. Saya silap. Saya mahu membantu.” (6:20 :
227)
Begitu juga dengan ungkapan Rafik yang ingin
menyedarkan Iskandar yang telah memiliih jalan yang salah;
“
Istigfarlah Iskandar, kembalilah. Berazamlah bersungguh-sungguh untuk bertaubat.
Sesungguhnya Allah suka akan orang tua yang bertaubat tetapi Allah amat suka
akan orang muda yang bertaubat. Marilah kita sama-sama bantu ibu Sukma, ya.”
(6:20 ; 230)
Petikan
dialog ini boleh digunakan dalam lakonan semula oleh pelakon yang dipilih. Pelakon
berkenaan perlu menghayati kata-kata ini agar audion dapat menilai akan peranan
watak tesebut. Begitu juga dengan watak-watak lain.
Selepas teknik monodrama ini dilaksanakan, guru boleh membuat beberapa aktiviti lain yang dapat menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.
Salah
satu aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru perlu membentuk beberapa
kumpulan murid untuk membincangkan bagi mencari perkataan berimbuhan dalam
bab-bab tertentu. Kemudian, guru perlu meminta
setiap ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Setelah
pembentangan, guru perlu memperbetulkan kesilapan murid-murid .
Selain
daripada itu, guru boleh mengadakan sesi soal jawab dalam kalangan murid. Tujuannya untuk menilai kefahaman
murid-murid terhadap isi kandungan novel tersebut.
Kemudian,
untuk menilai penguasaan murid-murid terhadap nada dan intonasi bahasa, guru
boleh meminta beberapa orang murid membaca dialog yang terdapat dalam novel
tersebut. Jika terdapat kesalahan, guru perlu memperbetulkannya dengan cara
menunjukkan contoh bacaan yang betul.
Akhirnya,
guru perlu latihan dan membuat kesimpulan serta rumusan hasil pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu.
Kesimpulan
Sebagai seorang guru, aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran perlu dilaksanakan dengan teliti. Guru perlu peka semasa menyediakan
rancangan pengajaran dan pembelajaran terhadap penggabungjalinan
kemahiran-kemahiran agar pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu,
guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar memudahkan murid-murid
memahami apa yang diajar. Oleh itu, seseorang guru perlu kreatif dan inovatif
dalam melaksanakan tugas mereka.
Rujukan
Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajara
Bahasa
dan Sastera.Subang Jaya.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Arba’ie Sujud.2007. Apresiasi Bahasa interpretasi & Ekspresi. Kuala
Lumpur:
Sarjana Press Sdn. Bhd.
Asmah Hj Omar. (1984).Kaedah Pengajaran Bahasa
Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, ArbakOthman (2005).Kamus Komprehensif Bahasa
Melayu.Shah Alam.
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Rozlan Musa, Masri Karjah, Junaidah
Jaafar dan Tg. Adnan Raja Daud. Antologi
Kerusi & Novel Julia.Kuala Kangsar: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Rozaiman
Makmun. (2007).BAHTERA: Bahan Sastera
dalam Pengajaran
Bahasa.Bandar Seri
Begawan. Universiti Brunei Darussalam.
Siti Jasmina,2011.6:20.Kuala Lumpur: Utusan
Publication&Distrubutors Sdn.
Bhd.
Sidang Penyusun. (2006).Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah Negara Brunei Darussalam.Bandar Seri
Begawan. Kementerian Pendidikan
Subscribe to:
Posts (Atom)