Fish

Friday, December 21, 2012

KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU



GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU


Pengenalan

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan  wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan  bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.
Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Komponen sastera meliputi pendedahan bahan-bahan sastera seperti;

i. Pantun

Buku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang maksud yangmengandungi banyak perlambangan.

ii. Syair

Dewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.

iii. Perambahan

Perambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun,  ia mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendapatkan buku mengenainya yang bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajar maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.

iv. Hikayat

Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok,  dan banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.

v. Cerpen

Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu  Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas, terdapat juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar







PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

Konsep Pendekatan        

Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,2003). Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi.
Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks pendidikan. Takrifan pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi lebih memahami, kita lihat contoh terdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

 Kaedah Pengajaran
            Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran.  Langkah-langkah P&P disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan.
Mangantar Simanjuntak 1982: 72
         Kaedah berbentuk prosedur  yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti  dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu


Kaedah Struktural

                          
Rajah 1: Kaedah Struktural
Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling awal.  Pengajaran  dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan  binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan penghayatan atau penikmatan sastera.  Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
·         tema
·         persoalan
·         latar
·         plot
·         sudut pandangan
·         watak  perwatakan  
·         gaya bahasa
·         simbol / lambang
·         bentuk

                   Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen di atas.  Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri, imaginasi,  emosi, penerapan pengetahuan,  manipulasi  dan  pengalaman  kerohanian.  Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.

                   Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan lagi memahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

·         Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya.  Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.
·         Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.

Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.


Ciri-Ciri Kaedah Struktural:

                        Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot, watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan  dan sebagainya yang membentuk keseluruhan karya.  Dalam P&P sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

                        Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.

                        Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru. Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.


Definisi Kaedah Global

Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-
          aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.
          aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
         aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan



Pelaksanaan Kaedah Global
1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
• lakonan berasaskan gambar
• lakonan berasaskan skrip
• lakonan guna topeng
• lakonan guna cerita berlagu

Teknik Pengajaran
            Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar.  Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid.  Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.       
            Dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan.
Selain itu, guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan.
Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran  yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam  menjalankan aktiviti di dalam kelas. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan adalah seperti berikut;
(a)Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi















GRAFIK PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS SASTERA  MELAYU




 



























Flowchart: Punched Tape: DEFINISI KAEDAH STRUKTURAL
 












 
































































 




























































Oval: Pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya kesusasteraan memudahkan pembelajaran.





 






























































 






































 


























PENGGUNAAN KAEDAH GLOBAL DAN TEKNIK  MONODRAMA DALAM P&P  KESUSASTERAAN MELAYU
NOVEL “6:20”

Dalam pengajaran kesusasteraan, pendekatan diolah dari teori-teori kritikan sastera yang melihat kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam novel, “ 6:20 ”  oleh Siti Jasmina Ibrahim, saya akan menggunakan kaedah Global dan Teknik Monodrama  dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Global

Kaedah global merupakan kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.
            Dalam melaksanakan kaedah ini murid-murid perlu membaca dan menghayati novel tersebut. Murid-murid juga perlu mencari persoalan yang menarik dalam novel itu. Kemudian, murid-murid diminta berlakon dengan mengguna skrip yang dibina dengan mengguna Teknik Monodrama.




Teknik Monodrama.
            Monodrama merupakan karya drama yang ditulis untuk seorang pelakon. Ia merupakan salah satu teknik berbentuk lakonan semula oleh seorang pelakon untuk melakonkan watak-watak yang dipilih dalam sesebuah novel atau cerpen. Seseorang pelakon itu perlu menghayati perwatakan watak-watak di dalam novel atau cerpen yang dipilih oleh guru. Maka, seseorang pelakon itu perlu membaca dan menghayati sesebuah novel yang dibacanya.
Pelakon perlu berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. Berdasar lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain. Oleh itu, sebelum melakonkan semula watak-watak  yang dipilih, guru dan murid perlu menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Hal ini, boleh mendidik murid-murid bertutur dengan intonasi yang sesuai dengan satu-satu situasi.

Sinopsis Novel “6:20”


Novel 6:20 mengisahkan pelajar universiti yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di daerahnya. Sukma adalah anak pengerusi  persatuan penduduk di daerah itu. Dia anak tunggal dalam keluarga yang berjaya dan berpendidikan. Sukma pelajar yang aktif dan bijak di kampusnya. Disenangi oleh rakan-rakannya seperti Iskandar, Teja, Jerry, Alvin dan Rafik.

Sukma berasa hairan apabila setiap pukul 6:20 pagi ada sahaja tetamu yang datang ke rumahnya. Apa yang lebih menghairankan tetamu-tetamu itu hanya muncul dan tidak mahu berbicara dan enggan diajak masuk ke rumahnya.

Sukma akhirnya mengetahui ada sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap memperjuangkan satu gagasan kebebasan mutlak. Jerry kawan baiknya telah menyertai kumpulan ini. Tambah merisaukan Sukma, sejak Jerry terlibat dengan kumpalan ini, kehidupannya tidak terurus. Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk merungkaikan  permasalahan ini.

Ruang sepi di kelab WX2 menjadi stesen pertemuan mengatur agenda. Licik dan sukar dikesan. Ahlinya adalah terdiri daripada mereka yang terpilih, intelektual dan bijak.

Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu persatu rahsia disebalik gagasan itu. Sukma mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri setiap 6:20 membawa pertemuan demi pertemuan. Tanpa disedari dan memeranjatkan Sukma mengesyaki ibunya terlibat dalam kegiatan kumpulan ini.

Prosedur  Pelaksanaan  Teknik Monodrama
Dalam melaksanakan prosedur pengajaran dan pembelajaran ini, guru perlu membuat perancangan dengan teliti agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksana dengan lancar. Pada langkah pertama, guru perlu membuat set induksi yang menarik dan sesuai dengan apa yang hendak diajar. Kemudian, guru perlu menentukan beberapa objektif yang sesuai  untuk dicapai pada hari itu.
Seterusnya, untuk melaksanakan teknik monodrama guru perlu menyuruh murid-murid membaca karya yang hendak diajar terlebih dahulu (beberapa hari sebelum hari pengajaran). Contohnya, Novel 6:20. Tujuannya supaya murid-murid memahami dan menghayati isi kandungan novel tersebut dan mengenali watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut. Contohnya watak Sukma, Iskandar, Teja, Jerry, Alvin dan Rafik.
            Setelah semua murid membaca, memahami dan menghayati novel tersebut, guru perlu memilih seorang pelakon untuk melakonkan watak yang terdapat dalam novel tersebut. Pelakon tersebut mesti memahami  dan menghayati watak-watak yang dipilih.
            Sebelum melakonkan watak tersebut, guru perlu membantu murid-murid menyediakan skrip dan menghafal skrip tersebut. Tujuannya agar pelakon tersebut dapat meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. Contohnya, dalam Novel 6:20, guru boleh memilih beberapa watak untuk dilakonkan. Contohnya watak Iskandar dan watak Rafik. Antara contoh dialog yang diungkapkan oleh Iskandar ialah;
            “Kamu sangat kuat Sukma. Sikap kamu yang bersungguh-sungguh dan peribadimu yang terpelihara telah menyedarkan saya. Saya silap. Saya mahu membantu.” (6:20 : 227)
Begitu juga dengan ungkapan Rafik yang ingin menyedarkan Iskandar yang telah memiliih jalan yang salah;
            “ Istigfarlah Iskandar, kembalilah. Berazamlah bersungguh-sungguh untuk bertaubat. Sesungguhnya Allah suka akan orang tua yang bertaubat tetapi Allah amat suka akan orang muda yang bertaubat. Marilah kita sama-sama bantu ibu Sukma, ya.” (6:20 ; 230)
            Petikan dialog ini boleh digunakan dalam lakonan semula oleh pelakon yang dipilih. Pelakon berkenaan perlu menghayati kata-kata ini agar audion dapat menilai akan peranan watak tesebut. Begitu juga dengan watak-watak lain.

           
Selepas teknik monodrama ini dilaksanakan, guru boleh membuat beberapa aktiviti lain yang dapat menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.

Salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru perlu membentuk beberapa kumpulan murid untuk membincangkan bagi mencari perkataan berimbuhan dalam bab-bab tertentu.  Kemudian, guru perlu meminta setiap ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Setelah pembentangan, guru perlu memperbetulkan kesilapan murid-murid .

Selain daripada itu, guru boleh mengadakan sesi soal jawab dalam kalangan  murid. Tujuannya untuk menilai kefahaman murid-murid terhadap isi kandungan novel tersebut.

Kemudian, untuk menilai penguasaan murid-murid terhadap nada dan intonasi bahasa, guru boleh meminta beberapa orang murid membaca dialog yang terdapat dalam novel tersebut. Jika terdapat kesalahan, guru perlu memperbetulkannya dengan cara menunjukkan contoh bacaan yang betul.

Akhirnya, guru perlu latihan dan membuat kesimpulan serta rumusan hasil pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.




Kesimpulan

Sebagai seorang guru, aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran perlu dilaksanakan dengan teliti. Guru perlu peka semasa menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran terhadap penggabungjalinan kemahiran-kemahiran agar pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar memudahkan murid-murid memahami apa yang diajar. Oleh itu, seseorang guru perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka.













Rujukan

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajara
            Bahasa dan Sastera.Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Arba’ie Sujud.2007. Apresiasi Bahasa interpretasi & Ekspresi. Kuala
            Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.

Asmah Hj Omar. (1984).Kaedah Pengajaran Bahasa
Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. 

Nik Safiah Karim, ArbakOthman (2005).Kamus Komprehensif Bahasa
            Melayu.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.


Rozlan Musa, Masri Karjah, Junaidah Jaafar dan Tg. Adnan Raja Daud. Antologi
Kerusi & Novel Julia.Kuala Kangsar: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

            Rozaiman Makmun. (2007).BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran
                        Bahasa.Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.


            Siti Jasmina,2011.6:20.Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distrubutors Sdn.
Bhd.
           
Sidang Penyusun. (2006).Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah Negara Brunei Darussalam.Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan








No comments:

Post a Comment